KLFA rayu penyokong KL City ‘banjiri’ stadium

KLFA rayu penyokong KL City ‘banjiri’ stadium
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mengharapkan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur tidak lagi ‘ditawan’ oleh penyokong lawan setiap kali pasukan itu beraksi sebagai tuan rumah di gelanggang berkenaan.
Justeru, Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad menggesa penyokong skuad warga kota supaya dapat memberikan sokongan secara fizikal kepada KL City FC dengan membanjiri stadium pada hari perlawanan.
Katanya, prestasi yang ditunjukkan skuad bimbingan Bojan Hodak itu seharusnya menjadi justifikasi supaya lebih ramai penyokong dapat hadir menzahirkan sokongan mereka kepada pasukan itu.
“Kadangkala kita beraksi di stadium sendiri tetapi malangnya, nampak seperti kita main di stadium orang lain. Nampaknya penyokong luar yang lebih ramai lagi lagi kalau beraksi menentang pasukan yang besar dan ternama.
“Contohnya seperti aksi menentang Sri Pahang FC dan Melaka United FC sebelum ini, kita seolah-olah tidak pasti kita bermain di stadium mana.
“Jadi saya menyeru warga Kuala Lumpur yang memiliki visi, wawasan dan harapan yang sama dengan kami yang mahu menjadikan pasukan ini seperti mana yang boleh dibanggakan. Kita mahu mereka bersama kita.
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Calon TPM Dari PPBM Yang Di Cadangkan Oleh Muhyiddin
- Cadangan Mengadakan PRU 15 Selepas Pembentangan Bajet 2023 Adalah Helah Menangguhkan PRU 15
“Penyokong janganlah setakat ikut pasukan menerusi Youtube ataupun di rumah, zahirkan sokongan anda dengan hadir ke stadium bagi menjayakan usaha kita ini,” kata Khalid.
Sebagai rekod, KL City FC berjaya merangkul Piala Malaysia dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final, tahun lalu.
Sekalipun berdepan prestasi tidak menentu dalam Liga Super pada musim ini namun mereka berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC 2022.
KLFA rayu penyokong KL City ‘banjiri’ stadium
Disyorkan Untuk Anda :
- Tawaran Kepada Anak Muda Sekiranya Mengundi BN Dalam PRU 15
- Islam Yang Cuba Kau Hina Akan Tetap Mulia
Lawati Laman :