Portugal tingkat amaran suhu melambung tinggi

Portugal tingkat amaran suhu melambung tinggi
Penduduk tempatan cuba memadamkan api yang menghampiri kediamannya di Canecas, pinggir Lisbon, Portugal. – Foto EPA

Portugal tingkat amaran suhu melambung tinggi

LISBON: Portugal meningkatkan tahap amaran ketiga tertinggi daripada empat peringkat sebagai persediaan berdepan suhu yang melambung tinggi.

Pada masa sama, beribu-ribu anggota bomba digerakkan untuk bersedia bertindak memadamkan api serta menggesa orang ramai untuk mengelakkan kebakaran hutan yang sedang merebak sekarang.

Perdana Menteri, Antonio Costa, berkata 13,000 anggota bomba bersedia untuk memerangi kebakaran tetapi memberi amaran bahawa mereka hanya akan dapat berbuat demikian jika orang ramai bekerjasama.

“Setiap daripada kita mempunyai peranan penting iaitu tidak memadamkan kebakaran tetapi mencegahnya,” katanya.





Berikutan suhu di luar jangka sehingga Jumaat yang mungkin berlanjutan, kerajaan turut melarang orang ramai daripada mengakses hutan yang dianggap berisiko dan melarang penebangan serta pembakaran belukar bagi pertanian.

Beberapa kebakaran hutan meletus di Portugal sejak beberapa hari lalu, namun menurut pihak berkuasa, kebakaran paling teruk masih belum berlaku dengan suhu di kebanyakan kawasan dijangka melepasi 40 darjah Celsius mulai Selasa dan seterusnya.


Disyorkan Untuk Anda :


Sementara itu, agensi cuaca IPMA berkata, di beberapa kawasan termasuk di Alentejo, wilayah selatan yang terkenal dengan hamparan padang rumput, suhu boleh mencecah 46 hingga 47 darjah Celsius.

Suhu paling panas dalam rekod ialah 47.3 darjah Celsius pada 2003.

“Ini sesuatu yang tidak normal dan amat serius dalam semua aspek termasuk untuk kesihatan kita kerana tidak biasa dengan suhu yang sebegitu tinggi,” kata ahli meteorologi IPMA, Patricia Gomes.





Kebanyakan wilayah Portugis menghadapi kemarau yang teruk atau melampau akibat kekurangan hujan sepanjang musim sejuk, bermakna terdapat sejumlah besar tumbuh-tumbuhan kering yang mudah terbakar.

Menurut laporan AB Februari 2022, dengan perubahan iklim disebabkan oleh manusia yang mencetuskan kemarau, jumlah kebakaran hutan melampau dijangka meningkat 30 peratus dalam tempoh 28 tahun akan datang.

Pada Jun 2017, kebakaran hutan berlaku di Pedrogao Grande iaitu bencana terburuk dalam sejarah Portugis moden, yang mengorbankan 64 orang dan mencederakan lebih daripada 250 mangsa. – REUTERS

 

Portugal tingkat amaran suhu melambung tinggi






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker