Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran

Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran

Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran

CHUKAI: Seorang anggota bomba cedera selepas terjatuh ketika melakukan operasi memadam kebakaran di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Telok Kalong Kemaman, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, Muhammad Ridzuan Kamaruzaman, 31, terjatuh pada ketinggian tiga meter dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah, berkata





mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Chukai bersama 27 anggota lain sedang melakukan operasi pemadaman di kilang itu.Katanya, ketika sedang melakukan kerja pemadaman, mangsa dikatakan terpijak struktur besi yang reput sebelum terjatuh.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman dengan bantuan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Mohd Zailani berkata, kilang yang terbakar itu sudah tidak beroperasi dan dipercayai dalam proses pelupusan oleh pihak kontraktor.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada percikan api yang menyambar bahan mudah terbakar di sekitar kawasan itu. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 8.05 malam,” katanya.





SHUIB BELAJAR KAWAL EMOSI

Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Mahathir Mahu Di Berikan Peluang Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker