Kes bekas senator, tiada tindakan lanjut

Kes bekas senator, tiada tindakan lanjut

Kes bekas senator, tiada tindakan lanjut
Siti Aishah Shaik Ismail – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap bekas senator, Siti Aishah Shaik Ismail berkaitan klip video mengkritik pemansuhan subsidi, diklasifikasikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA).

Siti Aishah dalam kenyataan, hari ini berkata, hal itu dimaklumkan kepadanya selepas polis selesai merakam percakapannya di Bukit Aman, pagi tadi.

“Rakaman percakapan ini untuk membantu siasatan berkenaan satu laporan polis yang dibuat ke atas saya pada 24 Jun lalu, membabitkan satu hantaran di Facebook yang memuat naik video tiktok saya yang viral tempoh hari.

“Proses rakam percakapan selama 10 minit berjalan lancar. Saya memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan berjalan,” katanya yang turut memaklumkan tiba di Bukit Aman pada jam 10.40 pagi tadi bersama peguam, Adly Zulfadhly Zulkefly.





“Pihak D5 juga mengesahkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil keputusan untuk mengambil tindakan NFA.

“Ini kerana terdapat satu lagi kertas siasatan yang dibuka dan disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan isu video viral yang sama,” katanya.

INI WAJAH BAKAL SUAMI PUTERI AISHAH

Kes bekas senator, tiada tindakan lanjut


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Mahathir Mahu Di Berikan Peluang Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker