SHAHROL SHIRO – HIBURKAN PENONTON YANG SEDANG BERKHAYAL MENEGUK AIR MINUMAN KERAS?

APAKAH HUKUM CARI REZEKI

SHAHROL SHIRO - HIBURKAN PENONTON YANG SEDANG BERKHAYAL MENEGUK AIR MINUMAN KERAS?

SHAHROL SHIRO – HIBURKAN PENONTON YANG SEDANG BERKHAYAL MENEGUK AIR MINUMAN KERAS?

“Maaf terlebih dahulu niat tulisan ini bukan menyinggung sesiapa dan jauh sekali kerana fahaman parti politik tetapi kerana kesucian agama yg menjadi hidangan bahan jenaka beberapa individu di premis kamu.

“Buat abg Afdlin Shauki, hurailah hujah panjang berjela sekalipun atas asbab jasa sebuah kelab yg menjadi penggiat stand up comedy mencari rezeki tetapi terdetik di hati saya seorang insan yg tidak pandai agama ini apakah hukumnya mencari rezeki menghiburkan jiwa para penonton yg sedang khayal meneguk air minuman keras??? Dari pengetahuan sy jadi bouncer yg menjaga pintu luar kelab malam yg menyediakan minuman keras pun haram ini kan pula berada di dalam.

“Sy terbayang keadaan ketika persembahan minah tersebut menyatakan beliau dah hafaz 15 juzuk kemudian menanggalkan pakaian diiringi gelak dan sorakkan penonton diatas meja mereka ada minuman keras.






Disyorkan Untuk Anda :


“Terus terang sebagai seorang yg beragama Islam JIKA saya berada disitu pun saya pasti tersinggung dan PASTI saya akan menyuruh penganjur menghentikan serta merta persembahan tersebut biar ada yg akan melakukan kekerasan.

“Seperti dijangka banyak video hari ini tersebar mengenai persembahan stand up di kelab tersebut yg membuat kan ramai yg tersinggung. Pendapat saya kekal konsisten kelab tersebut eloklah ditutup sementara takut ianya mendatangkan mudharat yg lebih besar dan mengganggu gugat keharmonian negara ini lebih lagi isu agama yg sgt sensitif.

“Nasihat sy insan kerdil yg pernah bertapak dalam industri komedi tanah air, bawa bertenang dan jangan melatah kepada abg Afdlin serta penggiat stand up komedi yg mempertahankan kelab tersebut.

SHAHROL SHIRO - HIBURKAN PENONTON YANG SEDANG BERKHAYAL MENEGUK AIR MINUMAN KERAS?

“Saya bukan hendak menjadi jaguh tetapi tidak tergamak buat bodoh bila sesuatu yg mungkar terlihat semata meraikan bakat komedi ✌️,” tulis pelawak Shahrol Shiro yang tampil membidas kenyataan Datuk Afdlin Shauki berikutan pelawak dan pengarah itu tidak bersetuju mengenai penutupan sementara kelab komedi berkenaan apatah lagi membabitkan periuk nasi orang lain.





Disyorkan Untuk Anda :


Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kontroversi wanita menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi. Terbaru, menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Shahrol tetap bertegas dengan pendiriannya kelab berkenaan ditutup selepas pelbagai video persembahan komen di lokasi berkenaan tular serta membuatkan ramai tersinggung.

Menerusi entri berkenaan, Shahrol turut memuat naik gambar dipercayai suasana dalam kelab berkenaan memaparkan minuman keras dihidangkan di meja pelanggan. Shahrol turut mempersoalkan hukum mencari rezeki dalam Islam serta menghiburkan penonton yang sedang meneguk minuman keras.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Shahrol turut tertanya-tanya mengapa Afdlin beriya mahu mempertahankan kelab tersebut.

Terdahulu, Afdlin dilihat ada memuat naik satu kenyataan di Facebook bahawa dia tidak menyokong individu yang menghina Islam sebaliknya bersuara kerana penutupan premis tersebut membabitkan periuk nasi orang lain.

AFDLIN SHAUKI TAK TERKESAN





SHAHROL SHIRO – HIBURKAN PENONTON YANG SEDANG BERKHAYAL MENEGUK AIR MINUMAN KERAS?


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Mahathir Mahu Di Berikan Peluang Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker