Suspek pecah rumah tikam polis

Suspek pecah rumah tikam polis

Suspek pecah rumah tikam polis
Suspek menikam lengan anggota polis. – Foto hiasan NSTP

KOTA BHARU: Seorang anggota polis cedera ditikam di lengan menggunakan gunting, ketika cuba menahan seorang suspek pecah rumah di Taman Sri Sentosa Bukit Bidang Selising, Pasir Puteh, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 30 tahun bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok menyerbu di sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata sebaik tiba di lokasi berkenaan, mangsa yang memperkenal diri sebagai anggota polis melihat suspek berusia 35 tahun berada di dapur dan cuba melarikan diri ke arah pintu depan rumah, sebelum dihalang.

“Berlaku pergelutan sebelum suspek menikam mangsa di lengan dengan gunting, dipercayai akibat panik selepas melihat sepasukan anggota polis mengepung rumahnya.





“Akibat pergelutan itu, suspek juga mengalami kecederaan di kepala, bengkak pipi, lebam mata dan beberapa kesan luka di tubuhnya, selain menerima empat jahitan di kepala.

“Anggota polis yang cedera dirawat di Hospital Bachok dan menerima lima jahitan pada lengan kanan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.


Disyorkan Untuk Anda :


Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di Bachok dan Pasir Puteh.

Katanya, hasil semakan pihak polis turut mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan berasal dari Kampung Tualang Tinggi, Pasir Puteh mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

“Suspek mencederakan penjawat awam semasa melakukan tugas sebagai modus operandi bagi mengelak dari ditangkap.





“Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine.

“Suspek ditahan reman empat hari di IPD Bachok mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan seterusnya suspek akan diserahkan kepada IPD Pasir Puteh berkait kes cubaan bunuh anggota polis,” katanya.

Wanita Palestin tikam lelaki Israel di Tebing Barat

Suspek pecah rumah tikam pols


 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Mahathir Mahu Di Berikan Peluang Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker