Kebakaran hutan di barat daya Turkiye semakin marak

Kebakaran hutan di barat daya Turkiye semakin marak
Penduduk tempatan melihat kebakaran hutan di mukim Datca di Mugla, Turkiye. – Foto REUTERS

Kebakaran hutan di barat daya Turkiye semakin marak

ISTANBUL: Beribu-ribu penduduk dipindahkan susulan kebakaran hutan yang berlaku di barat daya Semenanjung Datca, Turkiye, hari ini.

Sejak semalam lagi, anggota bomba terus bertungkus-lumus mengawal kebakaran meskipun pasukan itu berdepan kesukaran mengelakkan api daripada merebak ke kawasan perumahan disebabkan angin kencang.

Menteri Perhutanan, Vahit Kirisci, berkata siasatan awal menunjukkan kebakaran dipercayai bermula tengah hari semalam di sebuah penjana kuasa atau pencawang elektrik

“Kerja memadamkan kebakaran berdepan kesukaran disebabkan angin, arahan tiupan dan tahap kelajuan tidak dapat diramalkan,” katanya pada awal pagi tadi.





Sementara itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Turkiye (AFAD) memaklumkan, kira-kira 3,530 penduduk merangkumi 450 isi rumah sudah dipindahkan akibat kebakaran di kawasan yang jarang didiami penduduk di semenanjung itu.

Rakaman video semalam menunjukkan hutan terbabit diselaputi kepulan asap tebal dan helikopter sedang melepaskan air ke kawasan terbakar bagi memadamkan api.


Disyorkan Untuk Anda :


Rakaman itu juga menunjukkan taman di kawasan perumahan diselubungi asap dengan pokok di halaman rumah disambar api.

Dalam pada itu, menurut kenyataan pejabat Datuk Bandar Wilayah Mugla, 17 rumah selain 728 hektar tanah terjejas akibat kebakaran itu.

Sambil itu, beliau berkongsi data yang menunjukkan tiupan angin di wilayah itu berkurangan dengan ketara pada pagi tadi.





Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, berkata setakat ini 19 orang terjejas akibat kebakaran itu dan sembilan daripada mereka masih dirawat di hospital sehingga pagi tadi.

Pihak berkuasa pula memaklumkan, sebanyak 10 pesawat dan 20 helikopter digunakan untuk operasi memadamkan kebakaran termasuk satu daripadanya boleh beroperasi pada waktu malam.

Kalangan saintis berkata perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia menjadikan gelombang haba berkemungkinan lebih teruk.

Kebakaran di barat daya Turkiye mengingatkan kebakaran musim panas tahun lalu yang memusnahkan 140,000 hektar kawasan luar bandar, iaitu bencana paling teruk dalam rekod.

Menurut pihak berkuasa perhutanan, terdapat satu lagi kebakaran di bandar peranginan Aegean Cesme, namun ia berjaya dikawal pada pagi tadi. – REUTERS





Majlis Keselamatan PBB bertelagah tempoh bantuan Syria dari Turkiye

Kebakaran hutan di barat daya Turkiye semakin marak


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker