Pembangunan semula Stadium Shah Alam babit kos RM787 juta
Pembangunan semula Stadium Shah Alam babit kos RM787 juta

SHAH ALAM: Stadium Shah Alam yang bagaikan ‘rumah hantu’ akan berwajah baharu apabila bakal dibangunkan semula menerusi kerjasama antara kerajaan Selangor dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) membabitkan kos keseluruhan dianggarkan RM787 juta.
Kerjasama antara dua pihak itu termeterai selepas kerajaan negeri menyerahkan Surat Niat (LOI) kepada MRCB bagi cadangan terperinci mengenai pembangunan baharu Stadium Shah Alam yang berusia hampir 30 tahun dan kawasan sekitarnya.
LOI itu disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim kepada Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan dalam satu majlis yang berlangsung di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
Berdasarkan terma LOI terbabit, MRCB akan mengadakan perbincangan yang lebih mendalam dengan kerajaan negeri mengenai rancangan pembangunan kompleks sukan dan fasiliti sekitarnya.
Dengan kos pembangunan semula Stadium Shah Alam yang menelan belanja sehingga RM787 juta, kompleks baharu stadium keramat itu dijangka lebih baik daripada Stadium Anfield, iaitu gelanggang rasmi kelab Liverpool di England.
Itu antara lain rumusan diberikan Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari ketika diminta mengulas mengenai projek pembangunan semula kompleks stadium berkenaan.
“Hasil daripada penilaian dan kajian terbaharu yang dilakukan, secara teknikalnya adalah lebih berbaloi kita bangunkan semula dengan stadium baharu. Kita perlu pastikan bahawa kosnya tidak terlalu tinggi dan mereka akan bekerja dengan bajet RM787 juta itu.
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam
- Pelik Tapi Benar: PPBM Minta Jawatan Tapi UMNO Di Tuduh Rakus
- PAS Berikan Isyarat Bergerak Solo Dalam PRU 15
“Pembangunan semula dengan kos yang sekali ganda daripada pembinaan stadium ini boleh dianggap sebagai bangunan baharu. Kita rujuk dengan MRCB di mana mereka juga bangunkan semula Stadium Nasional Bukit Jalil yang berwajah baharu.
“Cuma kita belum muktamadkan sama ada untuk wujudkan satu ataupun dua stadium,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.
Projek terbabit akan memanfaatkan akses dan kelebihan sedia ada di kawasan itu seperti lokasi strategiknya dan jaraknya dekat dengan stesen bagi laluan LRT3 yang dijadualkan beroperasi menjelang 2024.
Terdahulu, media melaporkan Stadium Shah Alam yang pernah dinobat sebagai terbesar di Asia Tenggara dan menjadi stadium rasmi bagi pasukan bola sepak Red Giants, didakwa akan diroboh dan digantikan dengan stadium baharu lebih kecil.
Stadium baharu berkenaan dikatakan berkapasiti 30,000 hingga 40,000 penonton supaya mudah dijaga dan diselenggara berbanding Stadium Shah Alam sekarang yang berkeluasan kira-kira 155,000 meter persegi dengan 80,000 kapasiti penonton.
Amirudin berkata MRCB dilantik selepas melalui proses pemilihan ketat yang menyaksikan 15 syarikat lain mengambil bahagian termasuk syarikat antarabangsa dan syarikat tersenarai awam lain.
Sementara itu, Dell menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri atas keyakinan terhadap syarikat terbabit untuk merangka pelan pembangunan bagi projek itu.
“Kami memahami perhatian dan tumpuan diberikan terhadap projek ini terutamanya sentimen rakyat Selangor yang membesar dengan Stadium Shah Alam yang amat dekat di hati mereka.
“Kami juga mengalu-alukan maklum balas orang ramai agar kami dapat mengemukakan satu cadangan yang mengambil kira kepentingan setiap pihak terutamanya orang awam dan kerajaan negeri,” katanya.
Pembangunan semula Stadium Shah Alam babit kos RM787 juta
Disyorkan Untuk Anda :
- Surat Perjanjian Yang Tular Adalah Bukti Jelas Sifat Pengkhianat Muhyiddin
- Mahathir Mahu Di Berikan Peluang Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi
- Rafizi Mula Menyusun Barisan Menentang Anwar
- Pejuang Mahu Menjadi Parti Dominasi Pasca PRU 15 Dan Calonkan Mahathir Sebagai PM
- MP UMNO Tidak Akan Tandatangan SD Sekiranya Tahu Wujud Surat Perjanjian
Lawati Laman :
Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir