PTPTN tidak pernah dipolitikkan

PTPTN tidak pernah dipolitikkan

PTPTN tidak pernah dipolitikkan
Wan Saiful mendakwa PTPTN pernah dipolitikkan. – Foto hiasan NSTP/SUPIAN AHMAD

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tan Sri Johan Jaaffar menafikan badan itu pernah dipolitikkan individu tertentu, seperti yang didakwa bekas Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Johan kesal dengan kenyataan berkenaan dan turut menyifatkan kenyataan Wan Saiful mengenai sumbangan beliau sebagai Pengerusi PTPTN selama empat tahun tidak lebih daripada gendang kosong yang dipalu.

“Pada pandangan saya, PTPTN tidak pernah dipolitikkan sedemikian rupa oleh mana-mana pengerusi sebelum ini, seperti yang beliau lakukan dalam masa empat tahun beliau di situ.

“Dalam banyak hal, beliau sendiri menggunakan PTPTN tidak lebih sebagai wahana atau alat mempromosikan diri dan agenda politiknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Saiful yang tamat kontrak sebagai Pengerusi PTPTN pada 17 Jun lalu, mendakwa hutang dan kos dana yang diwarisinya akibat model operasi songsang yang ditinggalkan melebihi RM40 bilion.






Disyorkan Untuk Anda :


Beliau juga bangga dengan pencapaian yang dapat diusahakan sepanjang empat tahun menjawat jawatan itu, sebaik Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pada 2018.

Johan berkata, satu tindakan yang dilakukan menteri yang bertanggungjawab kepada PTPTN ketika itu adalah menamatkan perkhidmatan sebahagian besar Ahli Lembaga Pengarah PTPTN, termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Saya berpendapat, beliau tidak memahami budaya PTPTN dan lebih buruk lagi tidak menghargai sumbangan Lembaga Pengarah PTPTN sebelum itu. Beliau terlupa prestasi paling cemerlang PTPTN adalah pada tahun sebelum beliau menjadi Pengerusi.

“Pasukan petugas PTPTN dengan bimbingan Ahli Lembaga Pengarahnya memberikan perhatian kepada semua perkara yang didakwanya hasil kerja beliau. Ini termasuk penekanan pada tabungan dan langkah proaktif mendapatkan kembali hutang daripada peminjam.

“PTPTN juga mencatatkan jumlah pungutan hutang tertinggi dalam sejarah penubuhannya pada 2017 apabila institusi itu berjaya memungut sejumlah RM3.8 bilion,” katanya.





Johan turut kesal dengan kenyataan Wan Saiful mengenai pegawai atasan PTPTN dalam kalangan mereka yang sudah lama berkhidmat, yang didakwa tidak membawa budaya kerja yang baharu atau disiplin organisasi baharu.

“Saya menganggap kenyataan ini dan beberapa kenyataan lain terhadap petugas PTPTN sebagai satu penghinaan pada mereka.

“Andaian itu sama sekali silap dan tidak bertanggungjawab. Saya dapat memahami semangat yang rendah di PTPTN sewaktu beliau menjadi Pengerusi,” katanya.

PTPTN tidak pernah dipolitikkan
Bekas Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan. – Foto NSTP/L MANIMARAN

PTPTN tidak pernah dipolitikkan

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker