Shanghai isytihar amaran tahap tertinggi

Shanghai isytihar amaran tahap tertinggi
Penduduk tempatan berjalan di perkampungan Sanlitun ketika cuaca panas melampau melebihi 40 darjah Celsius di Beijing, China, yang turut melanda 80 bandar utama sehingga mendorong kerajaan mengeluarkan tahap amaran tertinggi. – Foto EPA

Shanghai isytihar amaran tahap tertinggi

SHANGHAI: Bandar paling ramai penduduk di China, Shanghai, kini mengeluarkan tahap amaran tertinggi berhubung bahang melampau disebabkan suhu terik berulang kali pada minggu ini hingga mengatasi rekod sebelumnya.

Ia adalah kali ketiga bagi musim panas kali ini amaran seumpamanya dikeluarkan.

Hab komersial dan perindustrian dengan 25 juta orang itu mengisytiharkan amaran merah hari ini, berikutan suhu di bandar terbabit diramal mencapai sekurang-kurangnya 40 darjah Celsius dalam tempoh 24 jam akan datang.

Misalnya semalam, suhu melonjak setinggi 40 darjah Celsius pada tengahari tetapi kembali kurang 40.9 darjah Celsius iaitu menyamai rekod pada 2017.





Shanghai isytihar amaran tahap tertinggi
Penduduk tempatan berjalan di perkampungan Sanlitun ketika cuaca panas melampau melebihi 40 darjah Celsius di Beijing, China, yang turut melanda 80 bandar utama sehingga mendorong kerajaan mengeluarkan tahap amaran tertinggi. – Foto EPA

Sehingga 5 petang waktu tempatan, tahap amaran merah kekal bagi bandar Shanghai iaitu tahap tertinggi dalam sistem kod amaran tiga warna, yang memerlukan kerja pembinaan serta kegiatan luar lain dikurangkan atau dihentikan.

Cuaca panas yang serentak ketika sebahagian daerah diwajibkan melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara besar-besaran walaupun penularan wabak agak kecil, dilihat menambahkan ketidakselesaan penduduk serta pekerja kesihatan yang memakai sut perlindungan diri.

Kakitangan perubatan memakai sut perlindungan diri (PPE) di sebuah pusat ujian COVID-19 duduk bersebelahan bongkah ais bagi mengurangkan kesan bahang panas di Shanghai, China. – Foto REUTERS

Ini kerana sesetengah petugas ujian COVID-19 melekatkan botol mineral air yang dibekukan ke sut hazmat yang dipakai mereka dan sebahagian lagi duduk berdekatan bongkah ais untuk menyejukkan diri.

“Pakaian ini tersangat panas. Pakaian ini tidak pernah kering. Seharian kami bermandikan peluh dalam sut ini,” kata seorang kakitangan yang terbabit ujian COVID-19, Peng Lei.

Dengan keadaan cuaca terlampau panas, sebilangan penduduk lebih cenderung melakukan ujian pada sebelah petang, berikutan waktu itu lebih redup.





Bulan lalu, musim panas luar biasa menjejaskan separuh daripada China. Misalnya, Lembangan Sungai Yangtze yang merangkumi beberapa bandar besar dari Shanghai ke Chongqing di kawasan tengah, dilanda gelombang haba sepanjang minggu lalu.

Setakat jam 5 petang tadi, sebanyak 86 amaran merah diisytiharkan di seluruh China dengan kebanyakannya di sekitar lembangan Yangtze.

Pada Selasa lalu, permintaan yang lebih tinggi untuk penyaman udara mendorong beban kuasa maksimum China ke paras tertinggi setakat ini.

Pihak berkuasa berkata, mereka melakukan segala usaha untuk memastikan bekalan tenaga tidak terjejas ketika mencapai tempoh puncak musim panas. – REUTERS

Shanghai semakin hampir ke arah pembukaan semula





Shanghai isytihar amaran tahap tertinggi

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir

 





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker