Buka pintu jumpa mayat

Buka pintu jumpa mayat

Buka pintu jumpa mayat
Khidmat bomba terpaksa digunakan bagi bantu membuka pintu sebuah rumah berkunci rumah di kawasan perumahan Puncak Bougainvilla, di sini hari ini. – Foto/ Ihsan JBPM Perak

KUALA KANGSAR: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dikejutkan dengan penemuan mayat wanita warga emas ketika membantu membuka pintu yang terkunci dari dalam di rumah di kawasan perumahan Puncak Bougainvilla, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.36 malam tadi dengan anggota dari BBP Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas pecah pintu.

Katanya, warga emas terbabit yang identitinya dikenal pasti oleh pihak bomba sebagai Nor Khalili Abd Halim, 64, ditemukan di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan serta disahkan sudah meninggal dunia ketika dijumpai.

“Mangsa dipercayai terkunci dalam rumah dan ditemui di dalam bilik. Kematian mangsa disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya menerusi kenyataan.





Katanya, mayat kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya sebelum operasi pihak bomba ditamatkan jam 10.17 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi berkata, polis masih di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat itu.

“Siasatan sedang dijalankan. Akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Kes buli, enam pelajar ditahan





Buka pintu jumpa mayat


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker