INIKAH WAJAH BAKAL ISTERI SHAHIR?

TUKAR LOKASI, BERTUNANG DI SABAH

INIKAH WAJAH BAKAL ISTERI SHAHIR?

INIKAH WAJAH BAKAL ISTERI SHAHIR?

Kita semua sedia maklum bahawa penyanyi Shahir Zawawi bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. Bagaimanapun, Shahir sehingga kini masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti wanita yang bakal menjadi teman hidupnya itu. Namun, menurut satu sumber, bakal isteri Shahir membahasakan dirinya sebagai Ekin dan merupakan seorang ahli perniagaan dekorasi dalaman dan pakaian yang berusia 30 tahun.

Shahir yang enggan mendedahkan wajah bakal tunangnya itu memaklumkan lokasi majlis pertunangan diubah ke rumah keluarga gadis terbabit di Tawau, Sabah petang tadi. Shahir, 34, menjelaskan, perubahan lokasi berkenaan turut memberi kesempatan kepada juara Akademi Fantasia musim kelapan itu membawa keluarganya bercuti di Sabah.

“Jika mengikut perancangan awal memang kami hendak melangsungkan majlis pertunangan di Kuala Lumpur, namun setelah perbincangan lanjut, akhirnya kami bersetuju untuk mengadakan di rumah keluarganya di Sabah. Saya dan keluarga bakal berada di sana selama empat hari, jadi saya juga akan ambil kesempatan untuk membawa emak dan abah berjalan-jalan di Tawau, Sabah.





“Jadi bukan saja dapat berkenalan dengan saudara-maranya, tetapi dapat berjalan juga. Dari Kuala Lumpur rombongan kami hanya berenam membabitkan saudara terdekat dengan membawa bersama lima dulang hantaran. Alhamdulillah, segala urusan untuk majlis ini berjalan lancar hasil bantuan keluarga serta kawan terdekat yang turut sama membuat persiapan akhir,” kata Shahir.

INIKAH WAJAH BAKAL ISTERI SHAHIR?

 


Disyorkan Untuk Anda :


Walaupun hanya sebulan lebih mengenali hati budi, penyanyi ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ itu nekad membawa hubungan itu ke fasa perkahwinan yang difahamkan berlangsung sekitar September ini. Juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan gerangan wanita yang sedang memiliki hatinya ketika ini.

Meskipun diaju dengan sekeping foto menunjukkan seorang wanita yang didakwa teman wanitanya, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, tetap mengunci mulut. Jelas pelantun lagu ‘Aku Yang Berdosa’ itu lagi, pengalaman cinta lampau yang tidak menjadi membuatkan dia lebih berhati-hati berkongsi perihal jodoh.





“Kita masih lagi dalam proses, belum ada ikatan. Ye lah, kita bertunang pun belum lagi. Jadi, kita tak mahu menguar-uarkan sesuatu benda yang belum sahih. Jadi saya mengambil pendekatan untuk tunggu bila masa yang sesuai untuk berkongsi perkara tersebut. Saya dah ada pengalaman sebelum ni di mana orang gembar-gemburkan jadi kita tak mahu perkara yang sama berulang.

“Jadi tunggu bila dah betul-betul sah nanti. Saya selalu berdoa pada Allah, kalau betul sesiapa sahaja adalah jodoh saya, permudahkanlah. Alhamdulillah perkenalan saya dengan dia semuanya nampak dipermudahkan. Persiapan berkahwin pun kita dah mulakan dan setakat ini semuanya nampak lancar, Alhamdulillah,” jelasnya.

INIKAH WAJAH BAKAL ISTERI SHAHIR?


Disyorkan Untuk Anda :


Berkongsi lanjut mengenai hari bahagianya, dua majlis resepsi bakal menyusul beberapa bulan selepas bertunang iaitu di Kuala Lumpur disusuli Tawau, dua minggu kemudian. Lebih istimewa, Shahir bakal mendendangkan sebuah lagu khas buat si dia pada hari persandingan, yang juga kemuncak bagi acara berkenaan.

“Sebenarnya sekarang saya dalam proses menghasilkan lagu tersebut dengan dibantu rakan seperjuangan saya, Oja. Itu adalah luahan ketulusan saya terhadapnya. Dia pun belum tahu mengenai lagu ini, tapi tak mengapa saya dedahkan lebih awal berkenaan kejutan istimewa ini. Lirik dendangan ini hanya akan saya perdengarkan kepadanya selepas kami sah jadi suami isteri,” tuturnya yang belum sedia mendedahkan tarikh pernikahan mereka.





Terdahulu, Shahir, mengakui tiada niat menyembunyikan wajah bakal suri hati, sebaliknya memaklumkan akan memperkenalkan wanita itu selepas majlis pertunangan mereka. Katanya, dia mahu menjaga privasi, tambahan pula sebelum ini mereka sibuk dengan persiapan untuk hari merisik dan tunang, selain persediaan majlis perkahwinan.

“Bukan saya sorokkan dia, kalau ada yang terjumpa kami di mana-mana lokasi ketika uruskan persiapan hari kenduri saya tak akan mengelak. Cuma untuk kongsi gambar dia di media sosial bukan sekarang. Saya belum dapat ‘lesen’’ sebab kami tiada ada apa-apa ikatan lagi. Tunggu lepas tunang. Lagipun dia jenis ‘low profile’. Dia belum biasa dengan senario kerjaya saya, biar dia kenal situasi ini secara perlahan-lahan,” ujarnya.

INIKAH WAJAH ISTERI FIZO?

INIKAH WAJAH BAKAL ISTERI SHAHIR?

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker