Ten Hag enggan salahkan individu

Ten Hag enggan salahkan individu

Ten Hag enggan salahkan individu
Kapten Manchester United Harry Maguire membuat penampilan sulung di bawah Erik ten Hag ketika aksi persahabatan menentang Melbourne Victory di Melbourne Cricket Ground. – Foto AFP

MELBOURNE: Erik ten Hag berang dengan persembahan benteng pertahan Manchester United yang dibolosi pada awal permainan ketika aksi persahabatan menentang Melbourne Victory.

The Red Devils, yang bermula cemerlang di bawah kendalian Ten Hag apabila membelasah Liverpool 4-0 di Bangkok, meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan kelab A-League berkenaan 4-1.

Chris Ikonomidis meletakkan Melbourne di depan selepas memanfaatkan hantaran lintang Ben Folami. Benteng United diterajui kaptennya Harry Maguire yang membuat penampilan pertama di bawah Ten Hag.

United bangkit hasil jaringan Scott McTominay, Anthony Martial, Marcus Rashford dan gol sendiri Melbourne.





“Saya tahu, saya tidak mahu bercakap tentang individu kerana ia bermula dari awal, jauh ke atas, pilihan yang salah dan kemudian menjadi kucar-kacir.

“Ia bukan salah individu, tetapi lebih kepada secara berpasukan,” kata Ten Hag.

Ten Hag berharap dapat memperkuat benteng pertahanannya dalam masa terdekat dengan ketibaan Lisandro Martinez dari Ajax.

Kelab Belanda itu menerima tawaran 46 juta pound (RM242.7 juta) United dan pemain Argentina berkenaan bakal menyertai jelajah pra-musim di Australia. – AGENSI

Ten Hag perlukan masa ubah nasib United – Ronaldo





Ten Hag enggan salahkan individu

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker