PM baharu UK perlu serius tangani Islamofobia

PM baharu UK perlu serius tangani Islamofobia

PM baharu UK perlu serius tangani Islamofobia
MAJLIS Muslim Britain merekodkan lebih 300 kes Islamofobia dalam parti Tory sejak 2019.-AFP

LONDON: Perdana Menteri baharu yang akan dilantik perlu serius menangani Islamofobia ‘sistematik’ dalam Parti Konservatif selepas peletakan jawatan Boris Johnson secara rasmi berkuatkuasa 5 September depan.

Gesaan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung Majlis Muslim Britain (MCB), Zara Mohammed yang menegaskan Johnson sepatutnya membuat permohonan maaf terhadap penduduk Islam dalam ucapan peletakan jawatan minggu lalu.

Ini kerana Johnson memberi amaran ‘tiada langkah konkrit’ diambil untuk menangani Islamofobia dalam parti Tory.

Zara memberitahu portal berita Metro, MCB merekodkan lebih 300 kes Islamofobia dalam parti itu sejak 2019.





Oleh itu, jelasnya, Perdana Menteri seterusnya ‘mesti mewakili semua kelompok masyarakat dan memastikan berlaku adil’.

“Kami ingin melihat calon baharu mengambil serius isu yang agak kritikal ini.


Disyorkan Untuk Anda :


“Kami mendapati lebih 300 kes serta anggota kanan parti sendiri sering mengadu tentang masalah ini,” katanya.

Kontroversi yang melanda baru-baru ini melibatkan Ahli Parlimen Konservatif, Nusrat Ghani mengenai isu ‘keislamannya’ dibangkitkan selepas dia dipecat sebagai menteri pengangkutan.

Ahli Parlimen, Mark Spencer mengaku dia pernah bercakap dengan Nusrat tetapi menolak tuduhan tersebut sebagai ‘palsu dan fitnah’.





Menurut Zara, setiap parti perlu mempunyai komitmen menunjukkan toleransi sifar terhadap Islamofobia dengan mengambil tindakan disiplin mahupun pemecatan terhadap individu yang meniupkan sentimen tersebut.

“Perlu ada suara yang kuat dari kepemimpinan yang mengatakan perkara ini sama sekali tidak boleh diterima dan tidak mencerminkan pandangan Parti Konservatif,” katanya.

Zara bagaimanapun tidak mengulas mengenai calon pemimpin Tory dan menjelaskan setiap individu mempunyai sisi positif dan negatif mereka.

Polis Perancis siasat guru cetuskan Islamofobia





PM baharu UK perlu serius tangani Islamofobia


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker