Selangor sudah kembali mengaum
Selangor sudah kembali mengaum

KUALA LUMPUR: Selangor FC sudah kembali!
Skuad Merah Kuning berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam tiga aksi terdahulu selepas menewaskan pasukan di dasar liga, Penang FC 2-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dekat sini, sebentar tadi.
Kejayaan itu sekali gus membolehkan The Red Giants melonjak ke tangga kelima liga dengan 15 mata selepas merakam kemenangan keempat mereka pada musim ini.
Pada aksi terbabit, Endrick dos Santos cuba mengelirukan Sam Sommerville pada minit ke-14 apabila sepakan percumanya terus disasarkan ke arah gawang gol, namun Sommerville berjaya menepis sepakan itu.
Pelawat terselamat daripada dibolosi gol pembukaan apabila benteng pertahanan mereka berjaya menghalang percubaan Quentin Cheng pada minit ke-17.
Bersambung babak kedua, Penang memperoleh peluang untuk membuka jaringan pada minit ke-50, namun percubaan Hilal el Helwe yang hanya berdepan dengan Sommerville tersasar ke bahagian tepi gawang.
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam
- Pelik Tapi Benar: PPBM Minta Jawatan Tapi UMNO Di Tuduh Rakus
- PAS Berikan Isyarat Bergerak Solo Dalam PRU 15
Situasi lebih sulit dihadapi pelawat untuk mengharungi baki lebih 20 minit perlawanan apabila Sukri Hamid dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus diperintahkan keluar padang pada minit ke-68.
Kelebihan seorang pemain dimanfaatkan sepenuhnya oleh Selangor, dan mereka mendapat dua gol pantas dalam tempoh enam minit menerusi Shahrel Fikri Md Fauzi iaitu pada minit ke-72 dan Syahir Bashah (minit ke-78).
Selepas ini, Selangor akan turun untuk aksi ‘Tetangga Lembah Klang’ dengan sekali lagi berdepan KL City FC manakala Penang pula akan menentang juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Selangor sudah kembali mengaum
Disyorkan Untuk Anda :
- Surat Perjanjian Yang Tular Adalah Bukti Jelas Sifat Pengkhianat Muhyiddin
- Mahathir Mahu Di Berikan Peluang Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi
- Rafizi Mula Menyusun Barisan Menentang Anwar
- Pejuang Mahu Menjadi Parti Dominasi Pasca PRU 15 Dan Calonkan Mahathir Sebagai PM
- MP UMNO Tidak Akan Tandatangan SD Sekiranya Tahu Wujud Surat Perjanjian