FAD BOCEY AMBIL RISIKO KEMBALI BEKERJA
DISARANKAN BEREHAT PANJANG SELEPAS JALANI PEMBEDAHAN SLIP DISC
FAD BOCEY AMBIL RISIKO KEMBALI BEKERJA
Pelawak dan pelakon, Fad Bocey yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan akibat penyakit slip disc itu memilih untuk kembali bekerja meskipun disarankan berehat panjang.
Meskipun sedar akan risiko yang dihadapinya, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam berkata, dia perlu bekerja disebabkan beberapa komitmen penting yang perlu diteruskan.
“Doktor kata untuk saya kembali pulih macam dulu itu boleh dan untuk kembali seratus peratus mungkin mengambil masa yang agak panjang, anggaran enam hingga ke satu tahun dicadangakan berehat.
“Sejujurnya nasihat doktor sangat banyak yang masih belum membenarkan saya buat itu dan ini, tapi sayaacuba bertolakansur dengan doktor dan kata saya tidak boleh berhenti secara tiba-tiba disebabkan beberapa komitmen yang saya dah lock.
“Kemudian doktor kata saya boleh bekerja, cumanya saya perlu hadkan pergerakan saya. Tidak lama lagi saya akan bertanding dalam Muzikal Lawak Supertstar, alhamdulillah rakan sepasukan saya sangat memahami keadaan saya.
Disyorkan Untuk Anda :
- Rafizi Mula Menyusun Barisan Menentang Anwar
- Pejuang Mahu Menjadi Parti Dominasi Pasca PRU 15 Dan Calonkan Mahathir Sebagai PM
- MP UMNO Tidak Akan Tandatangan SD Sekiranya Tahu Wujud Surat Perjanjian
“Saya bersyukur masih boleh berbual seperti biasa, suara masih jelas dan boleh bernyanyi. Kembali bekerja tanpa berehat panjang ini sebenarnya adalah satu tindakkan yang amat berisiko yang saya ambil. Syarat doktor berikan kepada saya tidak boleh untuk tidak hadir sesi fisioterapi dan mesti makan ubat yang diberi,” kata Fad.
Tambah Fad yang selamat menjalani pembedahan pada 9 Julai yang lalu, dia turut menerima beberapa petua yang dikongsikan rakan-rakanya dan meluahkan ucapan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kesihatannya.
“Saya ada menerima nasihat dan petua-petua dari rakan saya yang sebelum ini pernah menghidap sakit yang sama, jadi saya ada ambil dan guna tips yang mereka kongsi. Sekarang ini bila dah lepas pembedahan, saya tidak boleh duduk macam dulu, saya akan sedikit membongkok.
“Saya sekarang ni tak boleh berdiri terlalu lama dan duduk terlalu lama. Terima kasih kepada isteri saya sebab banyak jaga dan bantu saya, terima kasih juga yang doakan kesihatan saya,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Fad bakal beretap menerusi Muzikal Lawak Supertstar musim ke-3 dengan bergandingan bersama Sharif Zero dan seorang pengsohor media sosial, Namie dengan menggunakan nama kumpulan Ubi3.
UYAINA, IBU BAPA MENTUA LAN SOLO & ISTERI FAD BOCEY POSITIF C0V1D
FAD BOCEY AMBIL RISIKO KEMBALI BEKERJA
Disyorkan Untuk Anda :
- Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir
- Benarkah ROS Sudah Maklumkan Kelulusan Pindaan Perlembagaan UMNO Kepada Ismail Sabri?
- Perbalahan Terbuka Anwar Dan Rafizi Dalam Kongres PKR, Apa Halatuju PKR?
Lawati Laman :