Indonesia memasuki gelombang keempat COVID-19

Indonesia memasuki gelombang keempat COVID-19

Indonesia memasuki gelombang keempat COVID-19
Seorang pekerja yang memakai sut pelindung memegang sepanduk dengan jumlah kes positif COVID-19 tertulis di atasnya, di tempat bas pusat di Jakarta, Indonesia. – Foto REUTERS

JAKARTA: Indonesia mengesahkan negara itu kini memasuki gelombang keempat jangkitan COVID-19 berpunca daripada subvarian Omicron yang pantas menular.Jakarta Post melaporkan, Indonesia merekodkan 4,329 jangkitan baharu Sabtu lalu, jumlah kes harian tertinggi sejak 25 Mac, menurut data rasmi daripada pasukan petugas kebangsaan COVID-19.

Dari 10 Julai hingga 16 Julai, negara itu mencatatkan 22,684 kes baharu iaitu meningkat 27.6 peratus berbanding minggu sebelumnya dengan 16,426 kes baharu.

Ia kini mempunyai sejumlah 26,594 kes aktif.

Bagaimanapun, angka itu mungkin tidak menggambarkan dengan tepat skala sebenar jangkitan komuniti semasa.





Ia kerana kurangnya jumlah ujian dan langkah pengesanan kontak, kata pakar.

Sementara itu, Tempo pula melaporkan, jurucakap kerajaan bagi pengendalian COVID-19, Wiku Adisasmito berkata, liputan vaksin penggalak di negara ini menurun dengan ketara.


Disyorkan Untuk Anda :


Data menunjukkan kadar liputan vaksin di 28 wilayah masih di bawah 30 peratus.

“Jika dilihat daripada kadar liputan vaksin penggalak setiap wilayah, kadar tertinggi dicatatkan di Bali mencecah 58 peratus.

“(Ia) diikuti Jakarta, Kepulauan Riau, Jogjakarta, Jawa Barat, dan Kalimantan Timur walaupun kadar liputannya belum mencapai 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.





Wiku menggariskan, suntikan penggalak adalah sangat penting untuk mengekalkan imuniti orang ramai terhadap coronavirus.

Selain itu, varian virus baharu iaitu Omicron BA.4 dan BA.5 merekodkan sehingga 81 peratus daripada varian COVID-19.

Beliau turut menegaskan kerajaan sudah berusaha menyediakan pusat vaksinasi di setiap wilayah dan bekerjasama dengan Forum Komunikasi Kepimpinan Wilayah (Forkompimda).

Di Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang, dan Bekasi, terdapat 70 pusat vaksinasi dan jumlahnya akan terus meningkat.

“Diharapkan kerajaan dan rakyat akan terus mempercepatkan liputan vaksin termasuk suntikan penggalak dan berdisiplin dalam melaksanakan protokol kesihatan.





“Jika kedua-dua usaha ini dijalankan secara kolektif, Indonesia boleh mencapai daya tahan dan kesihatan awam yang tinggi,” kata Wiku.

Ketika trend COVID-19 meningkat baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Muhammad Tito Karnavian mengeluarkan surat pekeliling pada 11 Julai lalu menggesa pemimpin serantau untuk mempercepatkan pemberian vaksin penggalak di wilayah masing-masing. – AGENSI

Kedai makan meletup, remaja melecur tahap dua

Indonesia memasuki gelombang keempat COVID-19


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Rafizi Ramli Di Taja Oleh Mahathir Dan Daim





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker