Rafizi Ramli Di Taja Oleh Mahathir Dan Daim

Rafizi Ramli Di Taja Oleh Mahathir Dan Daim

Dalam ucapan penggulungan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR, beliau menggesa supaya rakyat beramai-ramai membuat lapuran polis ke atas DS Najib.

Logika lapuran polis bagi Rafizi ialah kerana DS Najib menghasut dengan memainkan isu perkauman dalam ulasan DS Najib dalam isu tuntutan waris Sulu ke atas Sabah.

Benarkah DS Najib menghasut rakyat dengan memainkan isu perkauman?





Cuba baca ulasan DS Najib dalam akaun Facebook beliau.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid0ELxGubBEP48UZz2VodP7GsGGuvho8AokjCS5ZRLBJAuqyoD5mL7y2kmzr4DLdXYol

DS Najib tidak langsung menyentuh mana-mana bangsa melalui tulisan beliau dalam Facebook.

DS Najib hanya bertanya, siapakah yang meluluskan surat luarbiasa bodoh yang ditulis oleh mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.





Kerana surat itulah yang dijadikan asas kepada tuntutan waris Sulu ke atas kerajaan Malaysia.

Persoalannya, bukan hanya DS Najib sahaja yang mempersoalkan surat yang dikeluarkan oleh Tommy Thomas.

Penganalisa politik dan pakar geostrategis, Prof Madya Dr Azmi Hassan juga mengatakan perkara yang sama.

Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2022/07/16/tuntutan-sulu-surat-tommy-beri-pengiktirafan-waris-sulu/?fbclid=IwAR0Y8DeII-BWxSuqmV2-3u6a5nHCF2JjaVtwbdDwRPvOKUsMd3y9T-DqmP8





Tetapi mengapakah Rafizi hanya mahu membuat lapuran polis ke atas DS Najib tetapi tidak ke atas Dr Azmi Hassan.

Jawapannya mudah, kerana Rafizi telah mempolitikkan isu ini untuk membuat ‘character assassination’ ke atas DS Najib sebagaimana ketika PRU 14 yang lepas.

Edisi Siasat pernah menulis artikel siapakah sebenarnya di belakang Rafizi.

Rasionalnya sangat mudah.

Sejak membuat ‘comeback’, banyak pemimpin yang telah dikritik oleh Rafizi, termasuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim.





Cuma 2 pemimpin yang tidak pernah disentuh langsung oleh Rafizi, iaitu Dr Mahathir dan Daim Zainuddin.

Mengapa?

Kerana sumber memaklumkan, kedua-dua pemimpin inilah yang selama ini menaja ‘comeback’ Rafizi dengan misi untuk membunuh karektor DS Najib.

Kalau kita semak, sejak dari mula membuat ‘comeback’, Rafizi hanya menjadi lidah kepada Dr Mahathir dan Daim Zainuddin.

Bukan lagi rahsia, Dr Mahathir dan Daim adalah pemimpin yang paling berharap supaya DS Najib dimasukkan ke dalam penjara.





Usaha mereka melalui kes SRC dan 1MDB dilihat sudah hampir pasti gagal atas beberapa penemuan bukti baharu dalam kes tersebut.

Jadi kritikan DS Najib ke atas Tommy Thomas di lihat sebagai peluang yang boleh digunakan sebagai usaha terdesak untuk mendakwa DS Najib dengan memutarbelitkan fakta.

Rakyat Malaysia pernah tertipu dengan pelbagai fitnah dan penipuan serta hasutan Rafizi yang mengakibatkan kita menderita hingga ke hari ini.

Sebagaimana yang pernah Rafizi ucapkan, tugas beliau adalah sebagai penghasut untuk menghasut rakyat.

Apakah kali ini rakyat Malaysia mahu membiarkan diri mereka sekali lagi nenderita akibat termakan hasutan dan penipuan Rafizi?

 

Rafizi Ramli Di Taja Oleh Mahathir Dan Daim

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker