Talia akui sukar bercinta jarak jauh

Talia akui sukar bercinta jarak jauh

Talia akui sukar bercinta jarak jauh
Talia (kanan) bersama kekasihnya, Tze Yong. – Foto Instagram talia.ngg

KUALA LUMPUR: Sebut saja nama Talia Ng peminat badminton tempatan akan pantas mengenalinya sebagai teman wanita bintang perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yang mana hubungan mereka kini berusia sembilan bulan.

Pemain tinggi lampai dari Kanada berusia 20 tahun itu bagaimanapun mengakui dia berdepan kesukaran dalam melayari hubungan jarak jauh ketika teman lelakinya berada di Malaysia manakala dia berada nun jauh di sana di benua Amerika Utara.

Talia, yang beraksi pada Terbuka Taiwan di Taipei minggu ini, bersikap terbuka dan jujur apabila ditanya peminat mengenai hal peribadi dan kariernya menerusi aplikasi soal jawab di laman Instagram.

Talia akui sukar bercinta jarak jauh
Talia ketika beraksi. -Foto Instagram talia.ngg

Dia mendedahkan kedua-duanya akan membuat panggilan telefon setiap hari bagi menjaga hubungan itu dan dia berasa agak terkejut serta tergamam apabila hubungan mereka diketahui umum hujung tahun lalu selepas Tze Yong membuat pengakuan terbuka di laman sosial.






Disyorkan Untuk Anda :


Ketika itu kedua-duanya beraksi pada pusingan akhir Piala Thomas-Uber di Aarhus, Denmark. Tze Yong pernah mendedahkan mereka berkenalan kali pertama pada Kejohanan Remaja Dunia di Markham, Kanada pada 2018.

“Ya, saya agak terkejut dan tergamam,” katanya menjawab satu soalan peminat. “Hubungan jarak jauh memang sukar tapi kami sering membuat panggilan telefon.”

Apabila ditanya apa masalah paling mencabar dalam hubungan jarak jauh, Talia menjawab: “Saya tidak dapat bertemu atau melihatnya apabila saya merinduinya, kami tidak boleh menghabiskan masa dan melakukan sesuatu bersama-sama dan kami tidak boleh berbual secara peribadi.”

Ada juga peminat yang bertanya sama ada dia pernah terfikir untuk beraksi acara beregu campuran dengan Tze Yong.

“Haha dia tak cukup bagus untuk bermain beregu campuran dengan saya… saya pun sebenarnya terlalu teruk dalam acara beregu campuran,” katanya yang mendedahkan ia bukan hubungan istimewa pertama dalam hidupnya.





Ada juga yang agak nakal apabila bertanya sama ada boleh keluar ‘dating’ bersamanya namun Talia menjawab mereka perlu mendapat kebenaran daripada Tze Yong terlebih dahulu.

Peminat dan warganet juga bertanya bahasa apa yang dipertuturkan apabila kedua-duanya berbual dan Talia menjawab kebanyakannya mereka menggunakan bahasa Inggeris tetapi dia turut fasih dalam bahasa Kantonis namun hanya boleh bertutur sedikit dalam bahasa Mandarin dan Perancis.

Talia, yang kini menghuni tangga ke-74 dunia dalam acara perseorangan wanita, meraih kejuaraan terbesar antarabangsa setakat ini apabila dia memenangi kejohanan Antarabangsa Uganda Februari lalu selain muncul juara kebangsaan Kanada buat kali pertama awal bulan ini.

Tze Yong ‘smash’ naib juara Masters Malaysia





Talia akui sukar bercinta jarak jauh


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Rafizi Ramli Di Taja Oleh Mahathir Dan Daim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker