Covid-19: Selangor, KL catat lebih 800 kes
Covid-19: Selangor, KL catat lebih 800 kes
PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,080 kes berbanding kelmarin, 3,936 kes sekali gus mengatasi 3,399 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 860 kes diikuti Kuala Lumpur (817), Perak (229), Sabah (224), Pulau Pinang (169), Negeri Sembilan (165), Putrajaya (152), Melaka (105), Kedah (93), Johor (86), dan Kelantan (64)
Diikuti Pahang (42), Sarawak (39), Terengganu (24), Labuan (6) dan Perlis, lima kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 545 orang berbanding kelmarin, 528 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 57 kes berbanding jumlah semalam, 61 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 37 kes berbanding jumlah kelmarin, 38 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 11 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan tujuh kematian Covid-19 berbanding kelmarin, tujuh kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,862 kes.
Sementara itu, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,608 kes. -UTUSAN
Covid-19: Selangor, KL catat lebih 800 kes
Disyorkan Untuk Anda :
- Rafizi Ramli Di Taja Oleh Mahathir Dan Daim
- Anwar Dan Rafizi Saling Bermain Wayang Di Pentas Kongres PKR
- Ahli Politik Jangan Jadi Seperti Tikus Yang Lupa Diri
Lawati Laman :
Timbalan Perdana Menteri Akan Di Lantik Menjelang Ogos 2022