‘Dendam Seorang Isteri’ penyelamat Aidit Noh
Pernah dipinggirkan dan diberi bayaran setaraf watak extra

“Sebelum ini saya memang berehat seketika kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran dan disebabkan itu saya jarang muncul di televisyen sehingga ada menyangka saya sudah tinggalkan dunia lakonan.

“Ketika itu memang rasa seperti dipinggirkan sehingga tiada tawaran berlakon kecuali sebagai watak tambahan. Ada produksi panggil berlakon tetapi bayaran setara dengan pelakon tambahan,” katanya kepada mStar.
Pun begitu, Aidit tidak patah semangat untuk menaikkan kembali namanya dalam industri meskipun perlu bermula daripada bawah.
Disyorkan Untuk Anda :
- Sekali Lagi Maruah Negara Tercalar Angkara Mahathir
- Benarkah ROS Sudah Maklumkan Kelulusan Pindaan Perlembagaan UMNO Kepada Ismail Sabri?
- Perbalahan Terbuka Anwar Dan Rafizi Dalam Kongres PKR, Apa Halatuju PKR?
Peluang melakonkan watak Naufal dalam drama fenomena Dendam Seorang Isteri kata Aidit telah membuka jalan buatnya untuk kembali ke landasan yang betul bagi membuktikan dirinya sebagai seorang pelakon berbakat.
Sebelum kahwin dia kata boleh terima, tetapi selepas berkahwin baru dia tahu bagaimana cara saya bekerja. – AIDIT NOH(PELAKON)
“Saya sedar kehadiran ramai pelakon baru mempengaruhi kerjaya lakonan tetapi saya tidak berputus asa untuk kembali bangkit dan Alhamdulillah tawaran berlakon dalam Dendam Seorang Isteri telah membuka kembali jalan saya dalam industri.
“Saya susun kembali strategi dan perlahan-lahan memperbaiki diri serta tidak kisah bermula dari bawah. Alhamdulillah Dendam Seorang Isteri buka jalan dan kembali mendapat perhatian peminat dan industri,” ujarnya.
Sementara itu, berkongsi tentang kehidupan peribadinya, Aidit yang melangsungkan perkahwinan pada Mei tahun lalu memberitahu tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinanya dengan isteri dikenali sebagai Hanani.

“Saya berkahwin ketika negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi ia dilangsungkan dalam suasana sederhana. Hanya segelintir yang mengetahui perkara itu tambahan pula kerjaya lakonan saya masa itu agak perlahan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Rafizi Mula Menyusun Barisan Menentang Anwar
- Pejuang Mahu Menjadi Parti Dominasi Pasca PRU 15 Dan Calonkan Mahathir Sebagai PM
- MP UMNO Tidak Akan Tandatangan SD Sekiranya Tahu Wujud Surat Perjanjian
“Jadi mustahil untuk saya mencanang tentang perkahwinan… Awalnya saya fikir nak beritahu selepas kelahiran anak sulung tetapi kebetulan drama Dendam Seorang Isteri sedang mendapat sambutan hangat.
“Jadi saya maklumkan sahaja biar kisah kerjaya dan peribadi itu bergerak seiring,” jelasnya.

Tambah Aidit, isterinya kini sedang hamil lima bulan dan dijangka melahirkan anak sulung mereka sekitar November depan.
Bercerita mengenai penerimaan isteri terhadap kariernya sebagai aktor, Aidit tidak menafikan wanita itu pada awalnya sukar menyesuaikan diri dengan jadual penggambarannya yang tidak menentu.
“Sebelum kahwin dia kata boleh terima, tetapi selepas berkahwin baru dia tahu bagaimana cara saya bekerja. Tetapi lama-lama dia okay, maklum sahaja kita ini bekerja hampir 80 peratus dengan wanita.
“Saya akan benarkan isteri periksa telefon selain baca mesej di media sosial, bila sudah lama-lama dia tak kisah, tetapi saya sendiri pun selepas kerja selesai akan terus pulang ke rumah,” jelasnya.
‘Dendam Seorang Isteri’ penyelamat Aidit Noh
Disyorkan Untuk Anda :
- Rafizi Ramli Di Taja Oleh Mahathir Dan Daim
- Anwar Dan Rafizi Saling Bermain Wayang Di Pentas Kongres PKR
- Ahli Politik Jangan Jadi Seperti Tikus Yang Lupa Diri