Ronaldo kini dikaitkan berpindah ke Atletico

Ronaldo kini dikaitkan berpindah ke Atletico

Ronaldo kini dikaitkan berpindah ke Atletico
Cristiano Ronaldo kini dikaitkan akan kembali ke La Liga bersama Atletico Madrid. – Foto ihsan Sportsbible

LONDON: Cristiano Ronaldo dikaitkan akan kembali ke La Liga, namun bukan dengan Real Madrid, tempat dia mencipta legasi yang menjadikannya antara pemain terhebat dalam sejarah mereka, namun bersama seteru utama, Atletico.

Akhbar Sepanyol, Diario AS mengeluarkan laporan sensasi bahawa pemain itu boleh ke kelab pencabar dari bandar yang sama, Atletico Madrid yang pastinya mengejutkan penyokong Los Blancos.

Ronaldo, 37, mencipta kejutan kepada bola sepak dunia apabila meminta perpindahan keluar daripada skuad kendalian Erik ten Hag, Manchester United musim panas ini walaupun kurang mendapat sambutan daripada kelab diharapkannya.

Menurut laporan berkenaan, wakil Ronaldo sudah menghubungi skuad kendalian Diego Simeone dan memujuk pengurus dari Argentina itu supaya mendapatkan pemain berkenaan.





Jika laporan Diario itu benar, ia pastinya akan menjadi cerita perpindahan terbesar musim panas ini, namun permusuhan lama antara Ronaldo dan kelab itu menyebabkan ia sukar dipercayai.

Selepas 311 gol dalam 292 perlawanan buat Real, selain kemenangan berdepan Atletico dalam dua aksi final Liga Juara-Juara dalam tiga tahun, Ronaldo menjadi musuh nombor satu antara penyokong Atletico.


Disyorkan Untuk Anda :


Namun Ronaldo mahu mendapat peluang bermain dalam Liga Juara-Juara sekali lagi dengan kelab seperti Chelsea dan Bayern Munich menjauhkan diri mereka daripada legenda Portugal itu namun Atletico boleh memberikan peluang itu.

Selain Atletico, Ronaldo juga dikaitkan dengan kepulangan mengejut ke kelabnya ketika remaja, Sporting Lisbon.

Bagaimanapun Ronaldo segera membalas dakwaan berkenaan dengan berkata: ‘Palsu’.





– AGENSI

Ronaldo ‘pakar’ singkir Atletico

Ronaldo kini dikaitkan berpindah ke Atletico


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Timbalan Perdana Menteri Akan Di Lantik Menjelang Ogos 2022





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker