Man United benam Palace pula

Man United benam Palace pula
Pemain United, Anthony Martial meraikan jaringannya ketika menentang Crystal Palace di Melbourne. – EPA

Man United benam Palace pula

MELBOURNE: Jurulatih baharu Manchester United, Erik ten Hag mengakui keyakinan pemain semakin meningkat selepas Anthony Martial menjaringkan gol ketiga dalam tiga perlawanan ketika Manchester United menewaskan Crystal Palace 3-1 hari ini.

Di hadapan 76,500 peminat di Melbourne Cricket Ground, penyerang Perancis, Martial membuka tirai jaringan pada babak pertama manakala Marcus Rashford dan Jadon Sancho masing-masing meledak gol kedua masing-masing dalam jelajah pramusim.

Joel Ward merapatkan kedudukan buat Palace dalam perlawanan yang menyaksikan United beraksi 10 pemain pada lewat permainan selepas Will Fish dibuang padang akibat mengasari Victor Akinwale.

Kemenangan itu yang ketiga buat Ten Hag selepas menewaskan Liverpool 4-0 di Bangkok dan 4-1 ke atas Melbourne Victory manakala ia adalah kekalahan kedua skuad muda Palace kendalian Patrick Vieira yang sebelum ini tewas 0-2 kepada The Reds di Singapura Jumaat lalu.





“Kami gembira dengan kemajuan dicapai tetapi masih banyak lagi perlu dilakukan,” kata Ten Hag.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Kami berjaya menjaringkan gol cantik, beraksi dengan baik dan saya fikir keyakinan semakin meningkat,” katanya yang memuji barisan penyerang.

“Mereka banyak berlari dan bekerja keras. Mereka ada banyak tenaga dan berhasil menjaringkan gol.”

United akan berkunjung ke Perth selepas ini untuk menentang Aston Villa yang menewaskan Leeds pada aksi pertama pramusim mereka manakala Palace menentang Leeds juga di bandar sama. – AFP





Leicester belasah Newcastle, Palace atasi Everton

Man United benam Palace pula

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker