PM cabar atlet bawa pulang lebih tujuh emas

PM cabar atlet bawa pulang lebih tujuh emas

KUALA LUMPUR: Kontinjen negara ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 diletakkan sasaran baharu enam pingat emas, kurang satu daripada sasaran asal dan pencapaian tujuh emas yang diraih pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar kontinjen negara menandingi kutipan tujuh pingat emas, lima perak dan 12 gangsa pada edisi empat tahun lalu itu.

Menurutnya, beliau yakin ia mampu direalisasikan dengan membawa semangat Keluarga Malaysia dan Harimau Malaya.

“Saya dan seluruh Keluarga Malaysia berharap, kita dapat mencapai sasaran bilangan pingat sudah disasarkan oleh MOM (Majlis Olimpik Malaysia) di temasya sukan ini.





“Saya menaruh keyakinan amat tinggi bahawa sasaran pingat negara boleh menandingi kutipan tujuh emas yang dimenangi jaguh kita ketika Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

“Justeru, atlet negara ke Birmingham harus membuktikan keupayaan dan berjuang habis-habisan bagi menterjemahkan kejayaan yang bakal menjadi kebanggaan diri dan Keluarga Malaysia.

PM cabar atlet bawa pulang lebih tujuh emas
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kiri) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker (kanan). – Foto BERNAMA
PM cabar atlet bawa pulang lebih tujuh emas
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan atlet kurang upaya yang akan bertanding pada Sukan Komanwel Birmingham 2022. – NSTP/Aswadi Alias

“Kalah menang adat pertandingan tetapi tunjukkan kepada dunia semangat perjuangan anak Malaysia, semangat Harimau Malaya yang sebenar-benarnya.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Kepada atlet Sukan Komanwel negara, bawalah harapan Keluarga Malaysia di Birmingham dan pulanglah bersama-sama pingat kemenangan untuk dihadiahkan kepada negara,” kata Ismail dalam ucapannya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di sini, sebentar tadi.





Kontinjen negara ke Birmingham disertai 162 orang merangkumi 105 atlet, 44 pegawai dan 13 kakitangan sekretariat.

MOM sebelum ini menyasarkan tujuh emas menerusi badminton (dua emas) manakala gimrama, boling padang, angkat berat dan skuasy serta powerlifting masing-masing satu emas pada temasya yang akan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos itu.

Bagaimanapun, sasaran pingat itu mahu dikaji semula susulan penarikan diri jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia dan atlet skuasy wanita negara, S Sivasangari yang tidak dapat beraksi kerana terbabit dalam kemalangan.

Justeru, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas majlis itu mengumumkan sasaran baharu kontinjen negara enam emas.

Sementara itu, Ahmad Faizal dalam ucapannya berkata, tiada yang mustahil buat kontinjen negara di Birmingham.





“Tekadkan niat, tanamkan keyakinan. Nescaya, perjuangan atlet ke Sukan Komanwel Birmingham kali ini bakal mencetak kejayaan sekali gus mengharumkan nama negara.

“Pastikan segala penat lelah dan pengorbanan selama ini terbayar dengan pungutan pingat.

“Harapan saya dan pastinya seluruh rakyat Malaysia, para wira negara jangan luntur semangat tetapi berjuanglah dengan penuh yakin kerana doa kami sentiasa bersama kalian,” katanya.

PM cabar atlet bawa pulang lebih tujuh emas
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama atlet pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Kuala Lumpur hari ini. – NSTP/Aswadi Alias

 

BAM kekal sasaran dua emas di Birmingham





PM cabar atlet bawa pulang lebih tujuh emas


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker