Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?

Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?

Dalam satu wawancara antara Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan dengan Malaysia Gazzette, beliah melahirkan kemusykilan beliau dengan senario kenaikan harga barang setiap kali hampir pilihanraya. (lihat video klip 18:22~20:06)

Beliau tidak menuduh, tetapi melahirkan perasaan syak.

Senario kenaikan harga barang sengaja diwujudkan oleh pihak tertentu itu menimbulkan naratif BN bermaksud Barang Naik.





Edisi Siasat melihat kenyataan Ahmad Maslan itu berasas.

Kita imbas kembali di era pra PRU 14 pada tahun 2018.

Polemik harga barang naik dan kegagalan kerajaan BN yang memerintah ketika itu untuk mengawal harga barang dimainkan secara meluas oleh Pakatan Harapan yang menjadi pembangkang ketika itu.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/405151





Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?

Masih ingat lagi dengan infografik di atas?

Ahli Parlimen PAN, Mujahid Yusuf sanggup berbaring di atas jalanraya kerana kononnya mahu bersama rakyat yang menderita akibat kenaikan harga barang di era pra PRU 14.

Edisi Siasat setuju dengan keraguan yang dinyatakan oleh DS Ahmad Maslan, satu kajian dan siasatan mesti dilakukan untuk membongkar senario kenaikan harga barang setiap kali hampir pilihanraya.

Punca Sebenar Kenaikan Harga Barang Pada Waktu Ini

Pada tahun 2019 hingga ke penghujung 2021, dunia dilanda pandemik Covid-19.





Ketika itu kegiatan ekonomi dunia lumpuh akibat sekatan perjalanan yang dilakukan oleh hampir semua negara di dunia.

Walau pun sektor ekonomi ditutup, keperluan manusia terhadap barangan asas seperti makanan, pakaian dan beberapa barangan asas yang lain termasuk bekalan minyak tetap ada.

Dalam keadaan kuasa permintaan kekal dan kuasa penawaran menurun, ianya memberi tekanan kepada harga barangan di pasaran untuk melonjak naik.

Ini adalah teori paling asas di dalam ekonomi.

Dalam keadaan biasa, untuk menstabilkan harga, bekalan boleh ditingkatkan supaya dapat mengimbangi permintaan.





Tetapi ketika pandemik, bekalan tidak dapat ditingkatkan dan apabila bekalan di pasaran semakin berkurangan, makan tekanan terhadap harga di pasaran akan semakin meningkat.

Dalam kawalan terhadap kenaikan harga pasaran, secara mikro, kerajaan yang memerintah akan menyerap kenaikan harga barang dengan pemberian subsidi.

Harga syiling di pasaran akan ditetapkan oleh kerajaan dan sebarang kos yang melebihi harga syiling akan ditanggung oleh kerajaan melalui pemberian subsidi.

Di sinilah ada kemungkinan wujudnya sindiket yang menyorok barang untuk meningkatkan lagi harga barang.

Sampai ke satu tahap, apabila kerajaan sudah tidak mampu menampung subsidi yang terlalu tinggi, maka harga syiling terpaksa dinaikkan.





Apabila ini berlaku, pasti ianya akan menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

Apa Kaitan Perang Rusia Ukraine Terhadap Kenaikan Harga Barang Di Malaysia

Dalam keadaan hari ini, keadaan menjadi semakin buruk apabila selepas berlalunya era pandemik, timbul pula peperangan Rusia-Ukraine.

Rusia merupakan antara pengekspot utama gandum, soya dan minyak dunia.

Sekatan ekonomi Eropah dan Amerika ke atas Rusia telah menyebabkan bekalan gandum, jagung, soya dan minyak dunia menyusut dengan mendadak.

Ayam kini sudah menjadi antara makanan asas yang penting bagi rakyat Malaysia.

Dedak yang menjadi makanan asas kepada ayam diperbuat dari soya dan gandum.

Apabila bekalan soya dan gandum dunia menyusut, ianya akan menyebabkan harga dedak ayam melambung.

Ini yang menyebabkan harga ayam daging dan telur ayam di Malaysia melambung naik.

Kerajaan sekarang cuba menyerap kenaikan kos ayam di ladang dengan memberikan pelbagai subsidi kepada penternak ayam.

Manakala penyusutan bekalan jagung telah memberikan kesasn yang ketara terhadap bekalan minyak masak bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Penghapusan GST Oleh Pakatan Harapan Telah Mengikat Tangan Kerajaan

Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?

Untuk terus memberikan subsidi ke atas barang keperluan asas, memerlukan dana yang bukan sedikit.

Kerajaan terpaksa membelanjakan berbilion ringgit.

Di era GST ketika pemerintahan Barisan Nasional sebelum PRU 14, selain dari memberikan subsidi, BN juga mampu memberikan beberapa bantuan tunai kepada rakyat.

Ini adalah kerana perolehan GST sebanyak RM25 bilion setahun dapat digunakan oleh kerajaan ketika itu untuk memberi bantuan kepada golongan B40, petani, nelayan, pemandu teksi dan peneroka.

Tetapi apabila Pakatan Harapan menghapuskan GST selepas menang PRU 14, maka dengan sendirinya kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM25 bilion.

Memburukkan keadaan apabila dasar luar Pakatan Harapan yang suka bermusuh dengan kuasa ekonomi besar dunia telah menyebabkan memburukkan keadaan.

Hasil cukai dari pelaburan asing telah berkurangan dan ianya juga membuatkan nilai ringgit semakin menyusut apabila pelabur asing yang ada di Malaysia membawa keluar pelaburan mereka.

90% dari makanan Malaysia diimpot dari luar negara dan keadaan nilai ringgit yang semakin lemah telah melonjakkan harga makanan di pasaran tempatan.

Maka tidak hairanlah di era Pakatan Harapan, mereka terpaksa menjual pelbagai aset negara untuk menampung kos pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Lebih menyulitkan keadaan apabila Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yasin telah berbelanja secara boros dengan menganugerahkan tender runding terus yang bernilai lebih RM600 bilion di era darurat dan pandemik Covid-19.

Bukan setakat itu, Muhyiddin juga telah melumpuhkan terus ekonomi negara dengan perintah berkurung yang tidk diperlukan selama hampir 2 tahun.

Perbendaharaan Negara Semakin Tenat Akibat Kegagalan Pakatan Harapan Dan Perikatan Nasional

Apabila Ismail Sabri mengambil alih pemerintahan negara dari Muhyiddin, perbendaharaan negara sudah berada dalam keadaan tenat.

Kerajaan yang memerintah mempunyai pilihan yang terhad untuk membantu rakyat dan kesempatan inilah yang digunakan oleh Pakatan Harapan sekarang ini.

Tetapi apakah mereka lupa, siapa yang menyebabkan keadaan ekonomi negara menjadi tenat sekarang.

Jangan pula kita lupa, waktu pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan, kita juga dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi.

Apa tindakan pemimpin Pakatan Harapan ketika itu?

Mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang tidak rasional.

Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?

Apabila harga ikan kembung naik, Salahuddin Ayub yang menjadi Menteri Industri Asas Tani ketika itu mengeluarkan kenyataan kononnya hairan mengapa harga ikan kembung naik sedangkan ada lebih 3 bilion ikan kembung di Laut China Selatan.

Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?

Apabila petani dan nelayan marah kerana subsidi dan bantuan dipotong, beliau melakunkan aksi menangis di atas pentas.

Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?

Bila rakyat mengeluh, Dr Mahathir menyuruh rakyat supaya mengikat perut dan tidak mengharapkan bantuan dari kerajaan.

Dan kini bila harga barang naik lagi akibat tekanan ekonomi dunia dan domestik, Pakatan harapan sekali lagi mahu mebawa rakyat ke jalanraya.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/209524/BERITA/Nasional/Amanah-beri-tempoh-11-hari-tuntut-kerajaan-atasi-kenaikan-harga

Cuba tanya mereka, apakah mereka ada sebarang cadangan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang sekarang ini?

Bolehkah ‘flash ob’ yang Pakatan Harapan anjurkan itu menurunkan harga barang?

 

Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker