Aidil lega Kedah kembali bangkit

Aidil lega Kedah kembali bangkit

Aidil lega Kedah kembali bangkit
Pemain Sarawak United FC, Kouassi Francis Kone (empat kanan) cuba mengasak gawang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, semalam. – Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak menarik nafas lega selepas skuad Sang Kenari kembali bangkit mendapatkan mata penuh selepas membenam Sarawak United FC 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, semalam.

Kemenangan hasil jaringan masing-masing satu gol menerusi Mahmoud Al-Mardi dan Ngah Wanja itu memberi keyakinan baharu buat pemain yang bakal mengharungi saingan liga seterusnya dan persiapan berdepan separuh akhir Piala AFC bagi Zon ASEAN di Bali, Indonesia pada 9 Ogos ini.

Aidil memuji semangat semua pemainnya yang berusaha memastikan kemenangan bagi meletakkan Kedah kembali dalam kelompok lima pasukan teratas liga meskipun tidak dapat menurunkan seratus peratus pemain utama akibat kecederaan dan penggantungan.

“Tiga mata yang kami perolehi ini sesuatu yang yang kami cari selepas menerima dua kekelahan kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi Piala FA dan Liga Super sebelum ini.





“Saya tetap bersyukur kerana pemain bekerja keras mahukan kemenangan malam ini dan saya lihat mereka memberi segalanya walaupun sebilangan daripada mereka kurang cergas dan sihat sepenuhnya. Mereka tetap melaksanakan tugas dengan baik pada malam ini seperti dirancang.


Disyorkan Untuk Anda :


“Mereka memahami keadaan serta tekanan untuk bangkit semula dengan kemenangan dan kami sudah jangkakan Sarawak akan lebih kompak diruang pertahanan dan hanya akan melakukan serangan balas,” katanya.

Piala Thomas: Malaysia mara ke suku akhir

 





Aidil lega Kedah kembali bangkit


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker