KPDNHEP sita serbuk penaik disyaki tiruan
KPDNHEP sita serbuk penaik disyaki tiruan

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita 38,188 unit serbuk penaik disyaki tiruan di dua premis perniagaan makanan kering di Tawau, hari ini.
Semua serbuk itu dianggarkan bernilai RM139,218.
Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas, berkata serbuan dijalankan oleh dua pasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP yang terdiri daripada tujuh anggota.
Katanya, operasi turut dijalankan bersama wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama serbuk berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua pemilik premis perniagaan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 102(1)(b)(c) Akta Cap Dagangan 2019.
Disyorkan Untuk Anda :
- Timbalan Perdana Menteri Akan Di Lantik Menjelang Ogos 2022
- Aku Rindu Zaman PH: ‘Jasa’ Pakatan Harapan Kepada Penjawat Awam
- Bekas Lembaga Pengarah PTPTN Dedahkan Pembohongan Wan Saiful
“Ia mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.
“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertuduhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang,” katanya hari ini.
KPDNHEP KL sita barangan tiruan bernilai lebih RM1 juta di Jalan Kenanga
KPDNHEP sita serbuk penaik disyaki tiruan
Disyorkan Untuk Anda :
- Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?
- bu Saudara Siti Nuramira Enggan Terima Beliau
- Lapuran Polis Rafizi Hanyalah Copy Paste Strategi Mahathir Dalam Character Assassination
Lawati Laman :
Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?