Lelaki langgar polis didakwa esok

Lelaki langgar polis didakwa esok

Lelaki langgar polis didakwa esok
Suspek penyeludup diesel menghadapi enak pertuduhan. – Foto hiasan NSTP

KULIM: Lelaki yang melanggar anggota polis hingga koma akan didakwa di Mahkamah Kulim, esok terhadap enam pertuduhan.

Suspek yang berusia 45 tahun itu akan didakwa kerana cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Selain itu, suspek yang positif dadah akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki berkenaan yang juga suspek penyeludup minyak diesel turut akan didakwa mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan parah.





Bagi kesalahan mengubah suai kenderaan, dia dakan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian 9.15 pagi Sabtu lalu, suspek pada mulanya melanggar seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal yang mengejarnya di Jalan Kulim-Serdang.


Disyorkan Untuk Anda :


Kejadian menyebabkan Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad, 31, yang bertugas di Balai Polis Kulih Hi-Tech parah di kepala dengan mengalami pendarahan dalam otak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu masih belum sedar, namun keadaannya stabil.

 





Dipercayai langgar lampu isyarat merah, wanita koma dirempuh lori

Lelaki langgar polis didakwa esok


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker