Waris muncul dengan ‘Botingket II’ versi original
Pernah dikecam meniru karya antarabangsa
Waris muncul dengan ‘Botingket II’ versi original

SEKITAR enam tahun lalu, lagu Botingkek nyanyian Waris dan Juzzthin mendapat kritikan apabila didakwa meniru karya antarabangsa, YC bertajuk Racks.
Tidak lagi dibelenggu dengan perkara itu, Waris kini muncul dengan lagu baharu di samping mengekalkan tajuk serupa, Botingket II (Wahan Remix).
Lagu tersebut sekali gus menjadi versi kedua Botingket.

“Masih tentang duit. Dahulu cara cari duit berbeza dengan sekarang. Kalau kita lihat keadaan semasa dengan ekonomi meleset, pandemik, penindasan dan sebagai, membuatkan ramai antara kita yang terkesan dalam mencari duit,” terangnya ketika dihubungi mStar.
Disyorkan Untuk Anda :
- Rafizi Ramli Di Taja Oleh Mahathir Dan Daim
- Anwar Dan Rafizi Saling Bermain Wayang Di Pentas Kongres PKR
- Ahli Politik Jangan Jadi Seperti Tikus Yang Lupa Diri
Sementara itu, muzik video lagu terbabit yang dilakukan sepenuhnya di Turkiye juga sudah boleh ditonton di YouTube bermula Isnin.

Kongsi Waris, sesi penggambaran selama 12 hari dilakukan tanpa sebarang perancangan dan segalanya dilakukan ketika sampai di negara itu.
“Perancangannya untuk bercuti, tetapi pada saya sayang sekiranya pergi berjalan-jalan tidak melakukan rakaman.
“Jadi saya minta bantuan pemandu pelancong di sana untuk dapatkan kru produksi dan memilih beberapa lokasi untuk dilakukan penggambaran,” ujarnya.
Masa dulu kena kecam sebab tiru lagu orang dan sekarang tidak lagi. Kita buat lain daripada sebelumnya, tetapi konsep cerita tetap sama – WARIS (PENYANYI)
Waris turut memberitahu ketika muzik video itu dirakamkan, ia terpaksa dilakukan ketika keadaan cuaca -17 °C.
“Ketika di Cappadocia saya perlu berada di set seawal pukul 6 pagi (waktu tempatan). Waktu itu bulan Mac dan musim sejuk.
“Jadi bayangkan apabila perlu berada dalam keadaan begitu. Mahu atau tidak saya tetap perlu teruskan juga,” katanya.

Dalam pada itu, dalam nada seloroh, Waris memberitahu, anak perempuannya Tihani Izz Nina tidak lagi meminati animasi Frozen gara-gara tidak tahan kesejukan.
“Dulu dia suka pakai gaun Frozen dan minat dengan ais, tetapi hari ketiga di Turkiye sudah merungut ingin balik.
“Kedua-dua anak saya bersyukur dengan cuaca panas di Malaysia berbanding di sini kerana terlalu sejuk,” katanya.
Waris juga mengatakan sebaik pulang daripada negara berkenaan, dia bersama isteri dan dua anak menjalani kuarantin selama 10 di rumah berikutan disahkan Covid-19.
Waris muncul dengan ‘Botingket II’ versi original
Disyorkan Untuk Anda :
- Timbalan Perdana Menteri Akan Di Lantik Menjelang Ogos 2022
- Aku Rindu Zaman PH: ‘Jasa’ Pakatan Harapan Kepada Penjawat Awam
- Bekas Lembaga Pengarah PTPTN Dedahkan Pembohongan Wan Saiful
Disyorkan Untuk Anda :
- Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?
- bu Saudara Siti Nuramira Enggan Terima Beliau
- Lapuran Polis Rafizi Hanyalah Copy Paste Strategi Mahathir Dalam Character Assassination
Lawati Laman :