11 anggota polis gagal saringan dadah
11 anggota polis gagal saringan dadah

IPOH: Seramai 11 anggota polis didapati positif dadah selepas gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dijalankan kelmarin.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata ujian yang dilakukan secara rambang itu mengesan seramai sembilan positif dadah jenis methamphetamine dan Amphetamine, manakala dua lagi positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).
“Seramai 31 org anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pertama diambil urin secara rambang dan sembilan orang daripadanya didapati positif dadah.
“Seramai 25 orang lagi anggota dari IPD kedua diambil urin secara rambang dan dua orang daripadanya didapati positif dadah,” katanya.
Mior Faridalathrash berkata, mereka terdiri daripada anggota berpangkat Lans Koperal hingga Koperal yang berusia antara 35 hingga 51 tahun.
“Kesemua tangkapan sudah disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?
- bu Saudara Siti Nuramira Enggan Terima Beliau
- Lapuran Polis Rafizi Hanyalah Copy Paste Strategi Mahathir Dalam Character Assassination
“Hanya seorang daripada anggota yang ditangkap pernah ditangkap di bawah Sek 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun ia adalah ujian saringan awal terhadap anggota berkenaan.
“Selepas kita hantar urin ini untuk ujian patalogi dan jika mereka disahkan masih lagi positif dadah, kita bercadang untuk tuduh di mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘Awie Tour’ 2022 Peringkat Kontinjen Perak di Aeon Kinta City di sini, semalam.
Mior Faridalathrash menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi pembabitan kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota atau pegawai polis.
Tak perlu ujian saringan COVID-19 sebaik tiba di AS
11 anggota polis gagal saringan dadah
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
Lawati Laman :
Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya