18 pasukan Liga Super: Pasukan mampu jana pendapatan lebih

18 pasukan Liga Super: Pasukan mampu jana pendapatan lebih

Johan Kamal menyifatkan dengan pertambahan pasukan bakal menyaksikan juga jumlah perlawanan bertambah sekali gus akan memberi impak positif terutamanya kepada aspek nilai komersial. – Ihsan Selangor FC

KUALA LUMPUR : Penstrukturan semula Liga Malaysia yang dilaksanakan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam memastikan saingan liga yang lebih berdaya saing bermula musim depan mendapat maklum balas positif rakan-rakan kongsi liga.

Penstrukturan semula piramid bola sepak domestik itu diputuskan hasil persetujuan Rakan Kongsi Liga dalam Mesyuarat Luar Biasa (EGM), kelmarin membabitkan enam aspek utama termasuklah saingan Liga Super yang akan melibatkan penyertaan 18 pasukan berbanding 12 pasukan pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menyifatkan dengan pertambahan pasukan bakal menyaksikan juga pertambahan perlawanan yang sekali gus akan memberi impak positif terutamanya kepada aspek nilai komersial.

“Saya setuju dengan penambahan 18 pasukan di mana ini adalah keputusan sangat baik untuk melihat perlawanan dalam liga lebih banyak berlangsung.





“Lagi satu kita bayar gaji pemain pun bukan murah, jadi kalau boleh kita nak tengok mereka beraksi setiap perlawanan, sebab apabila kita mengadakan perlawanan, itulah masanya untuk kita menjana balik pendapatan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Setiap perlawanan itu ibarat macam kita mengadakan acara dan program di mana orang dapat datang stadium, jual jersi, dapat menemukan penyokong dan pemain, selain hasil penyiaran pun dapat berjalan lebih banyak.

18 pasukan Liga Super: Pasukan mampu jana pendapatan lebih
PEMAIN Kelantan FC menjalani sesi latihan.
     

Dalam pada itu, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman pula menganggap ini adalah masa yang tepat untuk semua pasukan mengambil langkah berani dalam mengembangkan lagi persaingan di pentas Liga Super dengan penambahan sebanyak 18 pasukan.

Jelasnya, MFL telah membuat satu keputusan yang cukup positif untuk meletakkan saingan Liga Malaysia berada setaraf dengan liga luar negara.

“Bola itu ibarat satu perniagaan, kalau kita ada aksi di laman sendiri pada saya bagus untuk pendapatan kelab dan juga baik untuk pemain sebab kalau tak banyak perlawanan, bosan juga.






Disyorkan Untuk Anda :


“Bagi saya, bila ada 12 pasukan sahaja, tak sampai lagi tahap untuk berada setaraf di antarabangsa sebab kebanyakan pasukan di ranking 50 dan 100 dunia pun, purata lebih kurang 17 hingga 18 pasukan yang bertanding.

“Jadi kenapa kita nak main dengan 12 pasukan sahaja dan inilah benda yang kami sambut baik daripada MFL”, katanya.

Tambah beliau, Kelantan yang kini menduduki tangga teratas Liga Perdana mensasarkan keuntungan lebih besar pada jangka masa panjang dan peluang itu tampak lebih cerah dengan penstrukturan Liga Malaysia.

Norizam berkata, Kelantan  mampu menjana pendapatan RM8 juta hingga RM10 juta selain tajaan syarikat luar dengan penambahan 34 perlawanan liga.

Selain penambahan pasukan di Liga Super, antara aspek lain yang turut diputuskan adalah saingan Liga Perdana akan dimansuhkan dalam tempoh tertentu dan, Liga Simpanan (Reserve League) akan diperkenalkan.





MFL juga menetapkan format baharu pendaftaran sembilan (9) pemain import diberikan kepada ke semua pasukan Liga Super bermula tahun 2023 di mana MFL masih kekal dengan hanya membenarkan 5 pemain import (iaitu 3+1 (Asia)+1 (ASEAN)) diatas padang dengan hanya tambahan seorang pemain import di bangku simpanan.

Seterusnya adalah format Piala FA dan Piala Malaysia akan dirumus semula dengan peningkatan perlawanan liga dan juga perubahan kalendar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan dan akhir sekali penstrukturan semula dan peningkatan perlawanan Piala Belia dan Piala Presiden bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dulu jana RM4,000 sebulan, kini penoreh getah, jaga kebun durian

18 pasukan Liga Super: Pasukan mampu jana pendapatan lebih


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker