2 lagi suspek kes gaduh, bunuh ditahan
2 lagi suspek kes gaduh, bunuh ditahan
KUALA LUMPUR: Dua lagi suspek ditahan bagi membantu siasatan susulan pembunuhan seorang lelaki dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan warga asing di Jalan Tun H S Lee, kelmarin.
Tangkapan itu menjadikan keseluruhan tiga individu ditahan termasuk suspek utama berhubung kes ini sehingga kini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata dua lagi suspek membabitkan lelaki warga asing ditahan semalam masing-masing di Brickfield dan Petaling Jaya.
“Lelaki berusia 46 tahun yang juga suspek utama bersama lagi, 40, kini direman tujuh hari sehingga 27 Julai ini untuk membantu siasatan.
“Setakat ini tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Polemik BN Barang Naik Mula Di Kitar Semula Oleh Pembangkang, Layakkah PH Berbuat Begitu?
- bu Saudara Siti Nuramira Enggan Terima Beliau
- Lapuran Polis Rafizi Hanyalah Copy Paste Strategi Mahathir Dalam Character Assassination
“Buat masa ini motif serta punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Noor Dellhan, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau otline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Kelmarin, BH melaporkan seorang lelaki warga asing ditemui mati, manakala dua yang lain parah dipercayai terbabit pergaduhan di Jalan Tun H S Lee di sini.
Ketiga-tiga mangsa berusia antara 30 hingga 40 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh anggota polis sebaik menerima laporan kejadian pada jam 2.26 petang.
Pemeriksaan mendapati seorang mangsa sudah meninggal dunia, manakala dua lagi cedera di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Polis turut menemui sebilah pisau tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menahan seorang lelaki warga asing berusia 52 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu, kira-kira jam 5 petang untuk membantu siasatan.
12 lelaki ditahan gaduh dua kumpulan
2 lagi suspek kes gaduh, bunuh ditahan
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
Lawati Laman :
Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya