Dua pengawal keselamatan didakwa bunuh ahli perniagaan
Dua pengawal keselamatan didakwa bunuh ahli perniagaan

KUALA LUMPUR: Dua pengawal keselamatan lelaki didakwa membunuh seorang ahli perniagaan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Tertuduh S Hariadasan, 28, dan G Sathorohgunosing, 32, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Goh Chok Chuan, 63, di Sri Hartamas, di sini, 11 Julai lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Majistret Wang Chai Sia menetapkan 29 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tiga dari mereka sudah dilepaskan selepas siasatan selesai, manakala seorang lagi lelaki dibebaskan dengan jaminan polis.
Dua pengawal keselamatan didakwa bunuh ahli perniagaan
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
Lawati Laman :
Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya