Haaland akan beraksi menentang Bayern

Haaland akan beraksi menentang Bayern

Haaland akan beraksi menentang Bayern
Bintang Manchester City, Erling Haaland melambai kepada peminat ketika perlawanan pramusim menentang Club America di Stadium NRG dekat Houston, Texas. – AFP

LONDON: Pep Guardiola berkata Erling Haaland akan membuat penampilan bersama Manchester City menentang Bayern Munich minggu ini.

Bintang Norway berusia 22 tahun itu tidak diturunkan ketika pasukannya menang 2-1 mengatasi Club America semalam ketika dia kemudian turun berlatih dengan rakan sepasukan baharunya.

Bagaimanapun pengurus pasukan itu menjangkakan Haaland akan bersedia untuk menentang gergasi Jerman di Green Bay pada pagi Ahad.

Guardiola berkata: “Perlawanan berikutnya, Erling akan bersedia. Dia ada rasa sedikit tidak selesa dan beberapa masalah lain.





“Kita akan lihat, dia hanya berlatih pada dua sesi dan tidak mahu mengambil risiko kerana musim ini akan menjadi sangat panjang.

“Dia mengalami kecederaan musim lalu dan cuba mengatasinya. Kami mahu menjaganya dan mahu dia cergas.”

 


Disyorkan Untuk Anda :


Kevin de Bruyne kini berada pada tahap terbaik selepas meledak dua kali ketika mengatasi kelab Mexico itu.

Guardiola berkata: “Kevin kembali ke tahap terbaiknya dan tiada kecederaan, itu bagus.





“Musim lalu kami tiba dengan banyak kecederaan. Musim ini sebaliknya. Dia boleh meneruskan tahap terbaiknya selepas tahun lalu menjadi yang terbaik buatnya dalam mendapatkan gol.” – AGENSI

 

Rangnick mahu bawa Haaland ke Old Trafford

Haaland akan beraksi menentang Bayern

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker