IWAN SEDIH PERNAH DIEJEK ANAK-ANAK KETIKA KECIL

"ANAK-ANAK MENJADI ASBAB JUGA UNTUK SAYA BERHIJRAH..."

IWAN SEDIH PERNAH DIEJEK ANAK-ANAK KETIKA KECIL

IWAN SEDIH PERNAH DIEJEK ANAK-ANAK KETIKA KECIL

Semua sedia maklum mengenai Raja Dangdut, Iwan Syahwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan. Menerusi sebuah video ceramah yang dimuat naik di saluran YouTube baru-baru ini, Iwan berkongsikan pengalaman sedih pernah diejek oleh kedua anaknya iaitu Aprena Manrose dan Oktovia Manrose ketika mereka masih kecil.

Menurut Iwan, kejadian itu berlaku ketika dia mahu bertemu dengan anak-anaknya selepas bercerai dengan bekas isterinya. Iwan berkata hatinya sangat sedih apabila anak-anaknya mengejek dengan menjelir lidah dan menepuk-nepuk punggung.

“Anak-anak menjadi asbab juga untuk saya berhijrah ke arah kebaikan. Saya masih ingat sewaktu anak-anak masih kecil, saya rindu sangat pada mereka. Bila rindu, saya datanglah ke rumah janda saya. Tapi tidak boleh masuk, hanya menunggu di depan pintu pagar.





“Bila saya panggil anak-anak (Wan Ramada, Aprena dan Oktovia) yang ketika itu berusia tujuh, lima dan tiga tahun, mereka keluar tapi bukan sebab hendak berjumpa saya, tapi untuk mengejek-ejek saya. Saya panggil mereka. Berjam-jam saya menunggu, tapi tidak dapat berjumpa,” katanya.

IWAN SEDIH PERNAH DIEJEK ANAK-ANAK KETIKA KECIL

Menurut Iwan, kejadian yang berlaku itu sekaligus menjentik hatinya untuk berubah kerana resah memikirkan anak-anak tidak suka padanya.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 





“Tuhan hendak tunjuk. Anak sendiri tidak suka pada saya ketika mereka kecil. Saya balik dan mula resah. Ada anak pun mereka tidak suka dengan saya. Saya berfikir kalau saya mati bagaimana agaknya?” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Iwan pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Octovia dan Aprena.

IWAN TETAP DENGAN PENDIRIAN ENGGAN NYANYI LAGU CINTA LAGI

IWAN SEDIH PERNAH DIEJEK ANAK-ANAK KETIKA KECIL


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker