Kilang terbakar, 3 pekerja cedera termasuk seorang melecur

Kilang terbakar, 3 pekerja cedera termasuk seorang melecur

3 pekerja cedera termasuk seorang melecur
“Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut,” katanya.

CHUKAI: Tiga pekerja cedera termasuk seorang daripadanya melecur dalam kebakaran di kilang CJ Bio Malaysia Sdn Bhd di kawasan Perindustrian Kerteh di Kemaman, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi membabitkan tingkat tiga kilang memproses makanan tambahan suplemen ayam itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Basri Kamarazaman, berkata seorang pekerja berusia 31 tahun melecur dan cedera pada kepala.

Sementara itu, katanya dua lagi pekerja warga Myanmar patah tangan dan cedera pada kepala selepas terjun dari tingkat tiga yang terbakar akibat panik.





Beliau berkata, seramai 61 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Kijal dan Kerteh dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan mengenai kejadian itu.

“Pasukan kami mengambil masa selama sejam bagi memadamkan kebakaran dan berjaya mengawal api dari terus merebak ke tingkat lain,” katanya.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

 

Kilang terbakar, 3 pekerja cedera termasuk seorang melecur
Kebakaran membabitkan kilang CJ Bio di Kerteh – NSTP/ ROSLI ILHAM

Kilang terbakar, dua pekerja melecur





Kilang terbakar, 3 pekerja cedera termasuk seorang melecur


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker