Mahkamah Indonesia tolak permohonan benarkan ganja untuk perubatan

Mahkamah Indonesia tolak permohonan benarkan ganja untuk perubatan

Mahkamah Indonesia tolak permohonan benarkan ganja untuk perubatan
Gambar hiasan pokok ganja. – Foto REUTERS

JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia semalam menolak satu semakan kehakiman terhadap undang-undang narkotik negara itu, bertujuan membuka laluan membenarkan penggunaan ganja untuk perubatan.

Tiga ibu yang ada anak menghidap ‘cereberal palsy’ atau masalah tulang belakang dan disokong pertubuhan masyarakat sivil, memfailkan semakan kehakiman terhadap undang-undang narkotik Indonesia pada 2020.

Mereka memohon supaya ganja dibenarkan untuk kegunaan perubatan kerana terbukti berkesan bagi merawat gejala penyakit itu.

Hakim Suhartoyo berpandangan, tiada penyelidikan mencukupi untuk menjadi asas bagi menyokong hujah plaintif, namun pada masa sama, mahkamah menggesa kerajaan untuk segera menjalankan kajian berhubung penggunaan narkotik secara terapeutik.





“Mahkamah perlu menegaskan bahawa kerajaan harus segera bertindak untuk mendapatkan hasil kajian, yang boleh digunakan untuk membuat keputusan mengenai dasar, termasuk dalam kes ini, yang mungkin mengubah undang-undang,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Langkah menghalalkan ganja atau kanabis dilihat sebagai perubahan ketara bagi Indonesia, yang memiliki antara undang-undang dadah paling ketat di dunia, dengan individu disabit kesalahan memiliki atau mengedar sejumlah narkotik boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Terdahulu, plaintif berhujah bahawa larangan penggunaan narkotik untuk tujuan perubatan melanggar hak perlembagaan rakyat bagi mendapat perkhidmatan kesihatan serta manfaat daripada perkembangan sains dan teknologi.

Wakil Institut Bantuan Guaman yang terbabit dalam kes itu, Yosua Octavian, berkata keputusan itu bererti Mahkamah Perlembagaan hanya mengalihkan tanggungjawab kepada kerajaan dengan meminta mereka segera menjalankan kajian.





“Hujah ditolak, maknanya individu yang menggunakan ganja untuk tujuan kesihatan di Indonesia akan terus dihukum,” katanya.

Susulan keputusan itu, seorang daripada plaintif, Santi Warastuti, 43, ibu kepada anak perempuan berusia 13 tahun yang menghidap ‘cereberal palsy’, menggesa kerajaan menawarkan penyelesaian lain.

“Kajian untuk mengubah ganja perubatan kepada terapeutik akan mengambil masa, sedangkan kami sebagai ibu bapa kepada anak berkeperluan khas, sedang berlumba dengan masa,” katanya. – AGENSI

POS mohon semakan kehakiman AGM 12 Disember lalu





Mahkamah Indonesia tolak permohonan benarkan ganja untuk perubatan


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker