Perisikan Britain ragui rundingan semula perjanjian nuklear Iran

Perisikan Britain ragui rundingan semula perjanjian nuklear Iran

Perisikan Britain ragui rundingan semula perjanjian nuklear Iran
Richard Moore. – Foto fail AFP

 

WASHINGTON: Ketua perisik Britain menyuarakan keraguan mengenai rundingan semula perjanjian nuklear 2015 dengan Iran, selain menegaskan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei tetap menentangnya walaupun berdiplomasi dengan Amerika Syarikat (AS).

Ketua MI6, Richard Moore pada Forum Keselamatan Aspen, mengakui tidak yakin dapat mengekang program nuklear Iran, selain menyifatkan ia mungkin kaedah terbaik jika masih boleh meneruskan perjanjian berkenaan.

“Saya tidak rasa pemimpin tertinggi Iran mahu memutuskan perjanjian. Iran tak mahu menamatkan rundingan supaya mereka dapat meluangkan sedikit masa lagi,” katanya dalam temu bual secara langsung di Colorado, yang disifatkan sebagai ucapan sulungnya di luar negara.





Presiden AS, Joe Biden menyokong bagi meneruskan semula perjanjian 2015 yang dirunding ketika bekas pemimpin AS Barack Obama dan ditamatkan tiga tahun kemudian oleh Donald Trump.

Namun, perbincangan secara tidak langsung diuruskan Kesatuan Eropah di Vienna sudah berlarutan dengan sebahagian daripada penolakan AS terhadap tuntutan Iran untuk menterbalikkan senarai hitam Trump bagi Pengawal Revolusi sebagai kumpulan pengganas.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Ketika mengajukan pandangannya, Richard berkata, Iran dilihat tidak bersedia memutuskan perjanjian yang sudah tersedia biarpun kuasa Eropah dan pentadbiran di sini sangat jelas mengenai perkara berkenaan, selain China dan Russia tidak mungkin akan menghalangnya.

Britain, China, Perancis, Jerman dan Russia adalah pihak dalam perjanjian secara rasmi dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama itu yang mahu Iran secara drastik mengurangkan kerja nuklear sebagai pertukaran untuk perjanjian pembebasan sekatan.





Secara teknikalnya Iran kekal dalam perjanjian itu namun tidak mematuhinya sebagai tindakan balas terhadap tindakan Trump mengenakan semula sekatan menyeluruh, termasuk larangan sebelah pihak bagi penjualan minyaknya. – AFP

Iran tembak peluru berpandu dalam latihan

 

Perisikan Britain ragui rundingan semula perjanjian nuklear Iran


 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker