Presiden baharu Sri Lanka ‘dua kali lima’ Rajapaksa?

Presiden baharu Sri Lanka ‘dua kali lima’ Rajapaksa?

Presiden baharu Sri Lanka ‘dua kali lima’ Rajapaksa?
SEORANG peniaga menunjukkan muka depan akhbar mengenai pemilihan Ranil Wickremesinghe sebagai presiden baharu Sri Lanka. – AFP

COLOMBO: Penunjuk perasaan antikerajaan kembali memenuhi jalan-jalan utama di Colombo bagi membantah pelantikan Ranil Wickremesinghe sebagai presiden baharu Sri Lanka.

Bercakap kepada ratusan orang ramai, ketua penunjuk perasaan, Wasantha Mudalige yang turut mewakili Persekutuan Pelajar Universiti menegaskan mereka sama sekali tidak akan menerima pelantikan tersebut kerana ia bukan dari mandat rakyat.

“Seperti yang anda tahu, Parlimen sudah menetapkan Wickremesinghe sebagai presiden baharu negara ini, namun beliau bukanlah orang baharu buat kami dan lebih penting, pemilihannya bukan berasaskan mandat rakyat.

“Kita sudah berjaya menjatuhkan Gotabaya Rajapaksa daripada kedudukannya yang sebelum ini memperoleh 6.9 juta undian dalam pilihan raya dan kami tegaskan, Wickremesinghe bukan presiden negara ini,” ucapnya.





Selain itu, penunjuk perasaan turut menuduh pemimpin berusia 73 tahun membuat perjanjian dengan keluarga Rajapaksa untuk terus menguasai politik negara ini.

Disyorkan Untuk Anda :


Kumpulan penunjuk perasaan juga memulakan kebakaran di sekitar kawasan kediaman Wickremesinghe dalam siri protes pada minggu lepas.

Seorang daripada penunjuk perasaan, Jagath Manuwarna menyatakan presiden baharu itu perlu menyedari bahawa jumlah penunjuk perasaan yang membantah pemilihannya lebih besar berbanding jumlah sokongan yang diterimanya dalam Parlimen iaitu seramai 134 undian.

Pada minggu lalu, bunga api dinyalakan bagi meraikan pengunduran Rajapaksa, namun pelantikan Wickremesinghe pula tidak disambut dengan sebarang keramaian, sebaliknya protes bantahan.

Rakyat Sri Lanka mempersoalkan kebolehan Wickremesinghe dan partinya yang didakwa tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir kerajaan, terutamanya dalam situasi negara ini dibelenggu hutang yang tinggi.





WICKREMESINGHE LAGI LICIK?

Berpandangan mereka dikhianati Parlimen, penunjuk perasaan kini merancang untuk menjatuhkan Wickremesinghe sama seperti Rajapaksa.

Hal ini kerana, mereka mendakwa pemimpin baharu itu lebih licik dari Rajapaksa.

“Sri Lanka memerlukan pemimpin yang kisahkan kebajikan dan kemudahan rakyatnya, bukan mereka yang hanya bermotifkan politik semata-mata.

“Jika seperti ini, sampai bila Sri Lanka dapat keluar daripada krisis yang berlaku?” Soal seorang penunjuk perasaan, Melani Gunathilake.

Dalam pada itu, seorang penganalisis yang enggan dikenali memberitahu, kebanyakan penunjuk perasaan tergolong daripada rakyat kelas pertengahan yang berkemungkinan akan menghentikan semua protes jika keperluan mereka dipenuhi di bawah pentadbiran Wickremesinghe.





PEMIMPIN LEMAH

Seorang lagi penunjuk perasaan, Shehan Malaka Gamage pula berpendapat, Wickremesinghe merupakan pemimpin yang lebih lemah berbanding Rajapaksa.

Maka, adalah lebih mudah untuk menjatuhkannya berbanding Rajapaksa sebelum ini.

“Beliau sedar bahawa pemilihannya bukan dilakukan oleh rakyat dan tidak berada dalam zon selesa.

“Tidak sukar untuk tumbangkan beliau dan misi kami akan datang adalah untuk melaksanakan pilihan raya yang dipilih oleh rakyat,” katanya.

SIAPA RANIL WICKREMSINGHE

– Mengetuai UNP yang merupakan parti politik tertua di Sri Lanka.





– Seorang peguam yang sudah enam kali menjadi perdana menteri namun tidak pernah menamatkan penggal.

– Memulakan kerjaya politiknya pada 1977.

– Menjadi perdana menteri buat kali pertama pada 1993 selepas pembunuhan Presiden Ranasinghe Premadasa.

– Dilantik sebagai perdana menteri selepas Mahinda Rajapaksa meletak jawatan pada Mei lalu, kemudian dilantik pemangku presiden.

– Terkenal sebagai pengubah ekonomi dan teknokrat sepanjang bergelar ahli politik.





Sri Lanka longgarkan perintah berkurung selama 12 jam

Presiden baharu Sri Lanka ‘dua kali lima’ Rajapaksa?


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker