Ten Hag tidak mahu United lepaskan Martial

Ten Hag tidak mahu United lepaskan Martial

Ten Hag tidak mahu United lepaskan Martial
Anthony Martial menjaringkan gol buat Manchester United ketika menentang Crystal Palace di Melbourne Cricket Ground dekat Melbourne, Australia. EPA

LONDON: Erik Ten Hag menghalang usaha menjual Anthony Martial oleh Manchester United musim panas ini.

Dan pengurus baharu itu melihat penyerang Perancis itu sebagai antara kesebelasan utama skuadnya.

United dilaporkan bersedia menerima tawaran terhadap pemain yang tidak berada di tahap terbaik itu selepas dipinjamkan ke Sevilla musim lalu.

Namun Ten Hag memberitahu pengurusan kelab dia mahu mengekalkan pemain itu dan yakin dapat kembali mencari prestasinya di depan gol.





Pengendali dari Belanda itu sudah berbincang dengan Martial, 26, yang menampilkan prestasi baik ketika jelajah pramusim di Thailand dan Australia.

Dia menjaringkan gol dalam semua tiga aksi Red Devils ketika menang 4-0 menentang Liverpool, 4-1 mengatasi Melbourne Victory dan 3-1 menewaskan Crystal Palace.


Disyorkan Untuk Anda :


Martial sudah menjadi pemain yang banyak berubah dalam kem United selepas diberi keyakinan oleh Ten Hag.

Pengurus dari Belanda itu percaya dia boleh menjadikan pemain itu meledak lebih banyak gol daripada apa dilakukannya pada 2019-20 dengan 23 gol.

Martial, yang masih ada baki kontrak dua tahun selain pilihan untuk menyambungnya setahun lagi, bermain selaku penyerang utama dalam jelajah berbanding di bahagian atas ketika bersama United.





Dia kini sedia memulakan musim ketika masa depan Cristiano Ronaldo masih tidak menentu. – AGENSI

Martial enggan berada dalam skuad Man Utd

 

Ten Hag tidak mahu United lepaskan Martial


Disyorkan Untuk Anda :


 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker