3 pemancing terperangkap air deras Empangan Pedu

3 pemancing terperangkap air deras Empangan Pedu

3 pemancing terperangkap air deras Empangan Pedu
Anggota bomba menyelamatkan pemancing yang terperangkap ketika air sungai deras di Empangan Pedu. – Foto ihsan Bomba

PADANG TERAP: Tiga pemancing terperangkap lebih sejam disebabkan air deras susulan pembukaan pintu air di Empangan Pedu, di sini, petang tadi.

Tiga mangsa berusia lingkungan 30-an itu dikatakan terperangkap di tebing sungai selepas paras air meningkat dan deras, memaksa mereka menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan memaklumkan tiga mangsa terperangkap di tebing sungai di empangan ketika memancing.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 5.23 petang.





3 pemancing terperangkap air deras Empangan Pedu
Anggota bomba menyelamatkan pemancing yang terperangkap ketika air sungai deras di Empangan Pedu. – Foto ihsan Bomba

“Tindakan anggota Kuala Nerang menggunakan tali dan jaket keselamatan untuk menyelamatkan mangsa terperangkap dari jarak tiga meter untuk menyeberangi sungai di empangan itu ke tempat selamat.

“Ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba jam 6.25 petang dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Lelaki Pakistan hilang ketika mandi di Empangan Semenyih ditemui lemas

3 pemancing terperangkap air deras Empangan Pedu

 






Disyorkan Untuk Anda :



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker