Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

Tahun 2018, di era Pakatan Harapan, Menteri Pertanian ketika itu, Salahuddin Ayob, dengan bangga membuat sidang media untuk mengumumkan harga telur ayam sudah turun 2 sen.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/510082/harga-telur-ayam-turun-2-sen-semula-salahuddin





Ketika itu kecoh satu negara dengan kenaikan harga pasaran ayam segar dan telur ayam.

Sehingga Menteri KPDNHEP ketika itu, Saifuddin Nasution, meminta nasihat dari mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib, bagaimana cara berkesan untuk tangani kenaikan harga barang.

Rakyat Malaysia ketika itu menyindir Pakatan Harapan dengan sindiran, ingatkan bila BN jatuh, harga barang pun jatuh, rupanya PH naik, harga barang lagi tinggi naik.

Hari ini kerajaan hybrid memerintah Malaysia dengan diterajui oleh Ismail Sabri Yaacob.

Masalah kenaikan harga ayam sekali lagi meresahkan rakyat Malaysia.





Apa yang membuatkan harga ayam melambung di pasaran?

94% bahan mentah untuk memproses dedak yang menjadi makanan utama ayam, jagung dan soya diimpot dari luar negara.

Apabila nilai ringgit semakin lemah, maka dengan sendirinya, kos memproses dedak akan menjadi semakin tinggi.

Ini adalah kerana jagung dan soya dibeli dengan menggunakan USD.

Baca di sini:





https://www.hmetro.com.my/utama/2022/02/807445/kos-pengeluaran-terlalu-tinggi

Idea Cap Ayam Di Gunakan Untuk Menyelesaikan Masalah Ayam

Edisi Siasat tidak tahu idea dari siapa, mungkin dari Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Muhyiddin Yasin, ketika kos pengeluaran ayam melambung, kerajaan menetapkan harga syiling ayam.

Mulai 5 Februari 2022, kerajaan menetapkan harga syiling ayam adalah RM8.90 sen sekilo.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/185916/BERITA/Nasional/Harga-siling-runcit-ayam-RM890-sekilogram





Penetapan harga syiling ayam yang berada di bawah paras kos pengeluaran telah menyebabkan ramai penternak ayam terpaksa menutup ladang ternakan mereka.

Ini menyebabkan secara tiba-tiba, bekalan ayam di pasaran menurun dan pengguna mengalami masalah bekalan ayam.

Untuk kegunaan isi rumah, mungkin tidak berapa terkesan, kerana ayam boleh dogantikan dengan ikan atau makanan yang lain.

Tetapi bagaimana dengan peniaga seperti KFC, Mc Donald serta restoran?

Terputusnya bekalan ayam telah menjejaskan perniagaan mereka.





Bila keadaan menjadi kelam kabut dan selepas kerajaan sedar tindakan menetapkan harga syiling ayam RM8.90 sekilo menimbulkan masalah yang lebih besar, kerajaan menaikkan harga syiling ayam kepada RM9.40 pada 1 Julai 2022.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/971562/rm940-sekilogram-masih-tinggi

Dalam masa yang sama, khabarnya kerajaan membina ‘stockpile’ ayam dengan membelinya dari pembekal gergasi dengan harga RM10 sekilogram.

Tujuan membina ‘stockpile’ memang bagus, untuk menstabilkan harga ayam di pasaran dengan cara menambah bekalan ayam di pasaran.

Tetapi apabila harga ayam kembali stabil pada RM8.70 sekilo, khabarnya masih lagi dibeli untuk membina ‘stockpile’ dengan harga belian RM12.00 sekilo.

Gunakan Duit Rakyat Untuk Bina ‘Stockpile’ Dengan Harga Tinggi Dan Jual Balik Kepada Rakyat Dengan Harga Yang Sedikit Rendah

‘Stockpile’ ayam tidak boleh disimpan lama kerana kualiti daging ayam akan berkurangan, jadi baru-baru ini diumumkan pula pada setiap minggu akan diadakan jualan harga rendah.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/863738/jualan-murah-setiap-minggu-mulai-ogos

Apa tujuan sebenarnya kempen jualan harga murah diadakan setiap minggu?

Apakah untuk menghabiskan ‘stockpile’ ayam yang sudah terlalu banyak?

Berapa pula ‘harga rendah’ yang dimaksudkan itu?

Sudah pasti ianya akan lebih rendah dari RM8.70 sekilo, walau pun ayam itu dibeli dengan harga RM12.00 sekilo.

Gambaran yang akan diberikan kepada rakyat ialah Jawatankuasa Khas Jihad Memerangi Inflasi berjaya stabilkan harga ayam.

Yang disembunyikan dari rakyat ialah wang rakyat dibelanjakan untuk membeli ayam dengan harga yang jauh lebih tinggi dari pasaran.

Tetapi kemudian dijual semula kepada rakyat dengan harga yang sedikit rendah dari harga pasaran.

Kalau pun hendak selesaikan masalah harga ayam, tolonglah jangan gunakan idea penyelesaian cap ayam!!!

 

Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker