Azpilicueta tidak gembira usaha ke Barca tergendala

Azpilicueta tidak gembira usaha ke Barca tergendala

Azpilicueta tidak gembira usaha ke Barca tergendala
Pemain Chelsea, Cesar Azpilicueta (kanan) mahu berhijrah ke Barcelona. – EPA

LONDON: Thomas Tuchel malu mengulas mengenai Jules Kounde namun mengakui Cesar Azpilicueta ‘tidak gembira’ perpindahannya ke Barcelona masih tidak menentu.

SunSport mendedahkan Selasa lalu bahawa Chelsea sudah mencapai persetujuan bagi mendapatkan pertahanan Sevilla, Kounde.

Pemain itu kemudian hadir ke kem latihan pramusim kelab Sepanyol itu dan dijangka akan menyertai kelab berkenaan.

Tuchel berkata: “Saya tidak akan memberikan anda kemaskini perkara itu kerana tiada apa yang pasti pada fasa perpindahan.”





Sehingga perpindahan Kounde, 23, disahkan ke Chelsea, Azpilicueta perlu menunggu perpindahan diidamkannya ke Barca.

Kontrak pemain berusia 32 tahun itu masih ada hingga 2023 dan kini menanti lampu hijau daripada Tuchel.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Azpilicueta masih tidak memberi komen ketika jelajah pramusim mereka di Amerika Syarikat namun boleh bermain pada perlawanan terakhir menentang Arsenal di Orlando.

Tuchel menjelaskan: “Saya tidak pasti sama ada mahu memberikan Azpi apa yang dimahukannya. Dia faham tetapi tidak menyukainya.





“Pada satu ketika, ia mengenai kami dan jika membuat perbandingan betapa kami bertarung hebat untuk mendapatkan Kalidou Koulibaly.

“Dia adalah pemain kebangsaan, dia sama usia dengan Azpi, pemain yang amat penting.” – AGENSI

Barca seri tanpa jaringan berdepan Benfica

Azpilicueta tidak gembira usaha ke Barca tergendala


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker