Bekas penyerang Arsenal diserang tebuan

Bekas penyerang Arsenal diserang tebuan

Bekas penyerang Arsenal diserang tebuan
Bekas penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette terpaksa diketepikan Lyon untuk aksi bertemu Feyenoord selepas disengat tebuan. – Foto ihsan wabanews.com

 

FEYENOORD, Belanda: Bekas penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette terpaksa diketepikan pada aksi persahabatan Lyon menentang Feyenoord pada Ahad ini selepas diserang tebuan.

Kelab dari Ligue 1 itu akan berdepan Feyenoord pada Ahad sebagai persiapan pramusim mereka.

Namun L’Equipe difahamkan penyerang berusia 31 tahun itu tidak pasti dapat diturunkan selepas disengat tebuan. Bukan hanya Lacazette malah seorang lain pemain, Moussa Dembele dilaporkan turut disengat tebuan.





Bagaimanapun, Dembele sudah kembali menjalani latihan semalam dan dijangka boleh diturunkan pada aksi terbabit.

Lyon akan melakukan rombakan besar pada aksi berdepan Willem II esok dan menentang Feyenoord 24 jam kemudian.

Selepas itu, mereka akan beraksi untuk perlawanan pramusim terakhir berdepan Inter Milan pada 30 Julai.

Mereka akan membuka kempen Ligue 1 menentang pasukan yang baru dinaikkan ke Ligue 1, Ajaccio pada 5 Ogos.

– AGENSI





Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker