Budak autisme dikhuatiri hilang dari rumah

Budak autisme dikhuatiri hilang dari rumah

Budak autisme dikhuatiri hilang dari rumah
Saiful Ihsan dikhuatiri hilang dari rumah keluarganya. – Foto ihsan penduduk

TUARAN: Seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) autisme dikhuatiri hilang dari rumah keluarganya di Taman D’sri Gayang, di sini, hari ini.

Ketiadaan kanak-kanak terbabit, Saiful Ihsan, 8, disedari oleh keluarganya kira-kira jam 5 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.05 petang.

Susulan itu, beliau berkata, sembilan anggota bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS).





“Pada awal kejadian, ahli keluarga dan jiran terdekat berusaha mencari mangsa tetapi tidak ditemui di sekitar kawasan rumah.

 


Disyorkan Untuk Anda :


“Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih dijalankan di sekitar lokasi dengan bantuan penduduk,” katanya.

Abdul Qawie berkata, operasi SAR itu turut disertai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Budak autisme hilang sejak Ahad ditemui lemas





 

Budak autisme dikhuatiri hilang dari rumah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker