HASNOL TERPAKSA BEREHAT SEKETIKA DARIPADA NYANYIAN
JALANI PEMBEDAHAN LUTUT
HASNOL TERPAKSA BEREHAT SEKETIKA DARIPADA NYANYIAN
Pada Isnin lalu, penyanyi Hasnol telah selamat menjalani pembedahan lutut di sebuah pusat perubatan, di sini. Dek kerana itu, Hasnol terpaksa berehat seketika daripada nyanyian.
Hasnol yang popular dengan ‘Lagu Ku Untuk Mu’ itu berkata, pembedahan melalui ‘scope’ itu bertujuan meletakkan ‘artificial’ untuk pembaikan pelapik sendi (meniscus) yang koyak dan haus.
“Selain itu, ia juga bagi mengeluarkan serpihan tulang pecah akibat kecederaan lama yang tak pernah dibuang sebelum ini. Jadi, apabila ada peluang ini saya terus buat kedua-duanya.
“Kecederaan lama itu dialami sewaktu saya aktif bermain bola sepak semasa bersekolah. Selepas 40 tahun baru ada peluang nak buat pembedahan.
“Kalau dilihat pada kos memang agak tinggi. Inilah pentingnya ada insuran kalau jadi apa-apa masa kita dah berumur,” jelasnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
Menurut Hasnol lagi, dia kini berehat sepenuhnya di rumah selepas dibenarkan keluar hospital petang semalam.
“Alhamdulillah, doktor tengok tiada komplikasi dari pembedahan itu, cuma kepala lutut membengkak. Saya juga dinasihatkan berehat sekurang-kurangnya enam minggu. Dalam tempoh itu memang ada tawaran menyanyi.
“Namun, doktor nasihatkan perlu berehat. Kalau tidak sia-sialah pembedahan yang dibuat. Saya juga memaklumkan perkara ini kepada penganjur terbabit dan mereka faham situasi saya,” katanya.
HASNOL TERPAKSA BEREHAT SEKETIKA DARIPADA NYANYIAN
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Lawati Laman :
Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara