Jangan beli Neymar
Jangan beli Neymar

LONDON: Bekas pemain antarabangsa England, Trevor Sinclair berkata bahawa Manchester City tidak sepatutnya menandatangani Neymar jika berpeluang melakukannya kerana ia seperti turun taraf daripada Raheem Sterling.
Skuad Citizens berpisah dengan Sterling awal bulan ini ketika dia melengkapkan perpindahan ke Chelsea dengan kontrak lima tahun.
Ketika khabar angin bertiup kencang minggu ini bahawa Pep Guardiola berminat mendapatkan bintang PSG itu sebagai pengganti Sterling, Sinclair menegaskan Neymar sangat tidak konsisten untuk Liga Perdana.

Bercakap kepada talkSPORT, Sinclair mendakwa: “Dia (Neymar) bagi saya terlalu tidak konsisten. Anda akan melihat satu perlawanan yang bagus daripada setiap empat.
“Saya membandingkannya dengan Sterling dan ramai menyokong saya, dan jika anda seorang pengurus, anda pasti mahukan Sterling berbanding Neymar!
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
“Tiga daripada empat perlawanan, Raheem lebih bagus. Dia mungkin akan melalui perlawanan yang buruk tetapi dengan Neymar, anda tidak akan dapat tahap konsisten itu.”
Spekulasi mengenai masa depan pemain Brazil itu berterusan musim panas ini selepas Presiden Kelab, Nasser Al-Khelaifi tidak menolak kemungkinan melepaskan pemain berusia 30 tahun itu.
City sudah mendapatkan beberapa nama besar musim panas ini seperti Erling Haaland dan Kalvin Phillips, namun ia tidak menghalang mereka untuk terus dikaitkan dengan pemain Brazil itu. – AGENSI
Chelsea semakin hampir tandatangani Sterling
Jangan beli Neymar
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Lawati Laman :