Jenazah anggota polis ditembak rakan sekerja dibedah siasat kali kedua

Jenazah anggota polis ditembak rakan sekerja dibedah siasat kali kedua

Jenazah anggota polis ditembak rakan sekerja dibedah siasat kali kedua
PEGUAM keluarga Nofriansyah, Kamaruddian Simajuntak menunjukkan gambar badan jenazah yang dipenuhi luka selain kesan tembakan. – AGENSI

JAKARTA: Keluarga anggota polis berpangkat sarjan yang disyaki dibunuh oleh rakan sekerjanya menggesa supaya bedah siasat kali kedua dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Gesaan itu dikemukakan kepada polis selepas keluarga Nofriansyah Yosua Hutabarat menemukan banyak kesan luka yang disifatkan seperti ‘disengajakan’ pada badan anggota polis tersebut.

Laporan awal polis sebelum ini memaklumkan, Nofriansyah maut dalam insiden berbalas tembakan dengan Inspektor Jeneral Ferdy Sambo di kediamannya di Duren Tiga, Jakarta Selatan.

Nofriansyah sebelum itu ditugaskan melindungi keluarga Ferdy dan perselisihan faham mula timbul selepas Ferdy mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa.





Namun, keluarga Nofriansyah mendakwa, terdapat kesan luka koyakan, jerutan dan lebam selain luka tembakan pada badan anggota polis itu.

Sehubungan itu, peguam keluarga tersebut mengesyaki kemungkinan Nofriansyah dibunuh dalam kejadian terancang dan memerlukan bedah siasat kali kedua untuk memastikannya.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Dalam pada itu, Ketua Polis Indonesia, Litsyo Sigit Prabowo diminta untuk membentu pasukan bebas yang akan menggali semula kubur Nofriansyah dan melakukan proses bedah siasat kali kedua.

Hal itu disampaikan oleh peguam keluarga mangsa, Kamaruddin Simajuntak kelmarin.





“Kami berharap polis dapat bersetuju untuk membentuk satu pasukan bebas bagi menggali semula kubur Nofriansyah untuk melakukan bedah siasat kali kedua.

“Bedah siasat kali kedua itu amat penting untuk memastikan sama ada kematian Nofriansyah dirancang atau sebaliknya,” ujarnya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Sementara itu, polis Indonesia bersetuju dengan permohonan keluarga mangsa dan akan menggali semula kubur Nofriansyah yang maut pada 8 Julai lalu.

Jurucakap polis, Dedi Prasetyo memaklumkan, polis sudah berhubung dengan peguam keluarga mangsa dan bersetuju untuk melakukan bedah siasat kali kedua.

“Kami akan maklumkan prosesnya kelak dan ingin saya tegaskan, polis bersedia memberi kerjasama supaya kes ini dapat diselesaikan secara adil dan menyeluruh,” katanya.





ANAK SHAHROL BAKAL DIBEDAH KALI KEDUA

Jenazah anggota polis ditembak rakan sekerja dibedah siasat kali kedua


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker