Ke manakah hilangnya 67 orang?

Ke manakah hilangnya 67 orang?

Ke manakah hilangnya 67 orang?
Laman web PDRM mengenai kes orang hilang.

SHAH ALAM: Sebanyak 67 kes orang hilang (OH) masih disiasat dan belum ditemui hingga kini, daripada sejumlah 602 kes OH membabitkan individu berusia 18 tahun ke atas yang direkodkan Polis Selangor sejak 2018 hingga Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata jumlah itu meliputi 164 kes dilaporkan pada 2018, 138 (2019), 112 (2020), 114 (2021) dan 74 lagi tahun ini hingga setakat Jun lalu.

“Ia membabitkan 363 mangsa lelaki dan 239 perempuan berumur dalam lingkungan 18 hingga 80 tahun,” katanya dalam satu wawancara khas bersama NSTP, semalam.

Beliau berkata, punca kes OH lazimnya diketahui selepas polis mengambil keterangan mangsa yang ditemui semula.
“Berdasarkan analisis kita, kebiasaannya kes ini berlaku disebabkan faktor seperti masalah keluarga, perselisihan faham, ada membuat pinjaman along, mahu menyepikan diri dan kemurungan sehingga mereka meninggalkan rumah,” katanya.

Sasikala Devi memaklumkan, terdapat dua kategori kes OH dengan yang membabitkan individu berumur bawah 18 tahun akan disiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).






Disyorkan Untuk Anda :


“Kategori kedua pula membabitkan individu berusia 18 tahun ke atas yang disiasat Jabatan Pengurusan di mana sepanjang tempoh 2018 hingga Jun lalu, kita sudah membuka 602 kertas siasatan.

“Daripada jumlah itu, 535 kes (88.87 peratus) sudah selesai (ditemui dalam keadaan selamat, pulang sendiri atau berada di rumah rakan),” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa setiap bulan, pihaknya akan membuat semakan ke atas semua kertas siasatan yang dibuka untuk melihat semula sama ada polis berjaya menemui mangsa atau sebaliknya.

“Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai Pegawai Turus Pentadbiran, bertanggungjawab memantau semua kertas siasatan Kertas Enkuiri Polis (KEP) (OH) bagi (kes) berumur 18 tahun ke atas yang dibuka daerah Kontinjen Selangor.

“Setiap bulan, semua ibu pejabat polis daerah (IPD) dikehendaki membuat semakan kertas siasatan dan minit mesyuarat dihantar ke bahagian Pentadbiran IPK Selangor, manakala pelaporan akan dihantar ke Pengurusan Bukit Aman,” katanya.





Ke manakah hilangnya 67 orang?
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi.

Sasikala Devi sekali gus menasihati orang ramai, terutama ahli keluarga dan rakan supaya memberi perhatian kepada satu sama lain, termasuk memanfaatkan media sosial sebagai alat penghubung jika berjauhan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Saya mengambil contoh ketika berdepan pandemik COVID-19, kita pernah tidak dapat bergerak keluar daerah untuk berjumpa keluarga, saudara ataupun rakan, justeru media sosial memainkan peranan penting yang membolehkan kita terus berhubung antara satu sama lain. Malah, kita juga boleh membuat panggilan video.

“Dengan cara ini, sekurang-kurangnya kita mengetahui keadaan mereka walaupun berjauhan. Mungkin ketika itu, mereka ada masalah dan pasti ada perkara boleh dikongsikan jika kebetulan pula kita menghubungi mereka,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, orang ramai juga dapat membantu polis menyebarkan maklumat berhubung kes OH melalui media sosial.

Isu Harga Barang: Bila PM Sendiri Kena Turun Padang, Menteri Buat Apa?





Ke manakah hilangnya 67 orang?


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker