Kes rasuah lebih RM24 juta: Bekas CEO bank bergelar Datuk direman
Kes rasuah lebih RM24 juta: Bekas CEO bank bergelar Datuk direman

PUTRAJAYA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank yang bergelar Datuk, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes penerimaan rasuah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman RM294 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan.
Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu adalah suspek keempat yang ditahan selepas tiga individu, termasuk seorang CEO wanita direman berkaitan kes sama pada 19 Julai lalu.
Majistret R Prabakaran membenarkan suspek direman bermula hari ini hingga Isnin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Majistret, di sini.
Menurut sumber, bekas CEO itu ditahan di rumahnya di Ipoh, Perak, kira-kira jam 4 petang semalam.
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Sebenarnya Yang Menghalang Isu Tuntutan Sulu Di Bahaskan Di Parlimen, PH+PN Atau BN?
- Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Queen Council DS Najib
- Mahathir Berikan Isyarat Supaya Rafizi Perhebatkan Serangan Ke Atas Anwar
Sumber sama juga memaklumkan setakat ini, pasukan siasatan dikatakan sudah berjaya mendapatkan semula hampir keseluruhan wang berjumlah RM24 juta terbabit hasil penyitaan wang serta aset walaupun kes berlaku kira-kira 10 tahun lalu.
“Pasukan siasatan juga dikatakan berjaya mengesan wang kira-kira RM16.3 juta yang disimpan suspek utama di negara jiran,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, kesemua wang berjumlah RM22.6 juta itu dibekukan untuk tindakan lanjut, dan operasi berkenaan masih giat dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Sabah.
“Wang terbabit berjaya dikesan selepas pasukan siasatan melakukan analisis data menjejaki aset,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Selasa lalu, SPRM menahan tiga individu termasuk CEO anak syarikat sebuah bank, yang kemudian direman lima hari bagi membantu siasatan kes penerimaan rasuah lebih RM24 juta.
Mereka adalah CEO wanita berusia 50-an, lelaki berusia 58 tahun yang tidak bekerja, dan perunding kewangan berumur 53 tahun.
Kes rasuah lebih RM24 juta: Bekas CEO bank bergelar Datuk direman
Disyorkan Untuk Anda :
- Hanya 61 Dari 191 Bahagian UMNO Yang Menyokong Kluster Putrajaya
- Bila Pak Lebai Berhujah, TAKDIR…
- Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Lawati Laman :
Ayam Punya Hal Kecoh Satu Negara